DASAR PRIVASI
FunPlus International AG
Bahnhofstrasse 2, 6300 Zug, Switzerland, e-mel: privacyoffice@funplus.com
Kemas kini terakhir: 23 Disember 2021
Dasar ini diguna pakai kepada maklumat peribadi yang dipegang tentang pelanggan kami, pembekal dan bakal pembekal kami, orang yang melawat laman web kami dan sesiapa sahaja yang maklumat peribadinya kami pegang.
Dalam dasar ini, “kami” dan “kita” bermaksud FunPlus International AG, Switzerland (berdagang sebagai FunPlus), dan ahli gabungannya (berdagang secara kolektif dan berasingan sebagai FunPlus), sekumpulan syarikat yang menumpukan kepada pembangunan dan penerbitan permainan video secara global. Dasar ini berkenaan dengan bahagian yang kami bertindak sebagai ‘pengawal data’ di bawah perundangan perlindungan data: yang pada asasnya bermaksud bahagian yang kami bertanggungjawab untuk memutuskan jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan dan cara kami menggunakannya. Kami juga sering beroperasi sebagai ‘pemproses data’, yang bermaksud bahawa kami memproses maklumat peribadi bagi pihak entiti lain (contohnya penerbit salah satu permainan kami). Apabila kami merujuk kepada “maklumat peribadi”, kami bermaksud “peribadi” yang berkaitan dengan anda secara peribadi atau daripada maklumat yang anda boleh dikenal pasti. Sesetengah maklumat yang dinyatakan dalam dasar ini bukanlah “maklumat peribadi” seperti yang dimaksudkan di bawah undang-undang perlindungan data, tetapi kami mungkin merujuk maklumat ini untuk membantu anda memahami perkara yang kami lakukan.
Menurut undang-undang dan peraturan yang terpakai di negara tempat tinggal anda, umur minimum untuk anda mengakses Perkhidmatan kami tanpa pengawasan ialah 18 tahun. Kami tidak akan mengumpulkan data peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur ini tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada ibu bapa atau wakil sah mereka. Jika anda seorang kanak-kanak di bawah umur yang dinyatakan di atas, kami akan memerlukan kebenaran ibu bapa sebelum akaun dibuat untuk anda dan data peribadi yang dikaitkan dengan akaun itu dikumpulkan serta menggunakan segala usaha yang munasabah untuk mengesahkan bahawa kebenaran itu diberikan oleh ibu bapa atau wakil sah kanak-kanak itu, dengan mengambil kira teknologi yang ada. Kami menggalakkan ibu bapa supaya mengarahkan anak-anak mereka untuk tidak memberikan data peribadi semasa dalam talian.
Kami komited untuk melindungi dan menghormati maklumat peribadi setiap orang yang berurusan dengan kami – hal ini penting bagi kami dan kami tahu ini adalah penting bagi anda.
Dalam dasar ini, anda akan menemukan maklumat tentang jenis maklumat peribadi yang kami pegang tentang anda, cara dan sebab kami mengumpulkan maklumat ini, cara kami menggunakan dan memastikan maklumat selamat. Anda juga akan menemukan maklumat tentang hak anda dan cara anda boleh menggunakan hak.
Sila baca dasar ini dengan teliti dan jika anda perlu menghubungi kami tentang apa-apa yang terdapat di sini, atau untuk perkara lain yang berkaitan dengan maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel privacyoffice@funplus.com.
Dalam dasar ini, anda akan mendapati maklumat tentang perkara berikut:
1. Apakah maklumat yang kami kumpulkan tentang anda?
Maklumat yang kami pegang akan bergantung pada hubungan kami dengan anda. Biasanya, ini mungkin termasuk perkara yang berikut:
Pelanggan/pemain | Kami akan mengumpulkan beberapa maklumat tentang anda untuk membolehkan anda bermain permainan kami, untuk menambah baik atau mengoptimumkan pengalaman permainan anda, menyediakan perkhidmatan pelanggan, menambah baik perkhidmatan yang kami sediakan dan pemasaran (lihat di bawah untuk butiran lanjut). Ini termasuk:
● Maklumat hubungan anda seperti nama dan (jika anda memilih untuk memberikannya) nombor telefon dan alamat e-mel anda; ● Nama pengguna dan kata laluan pemain anda; ● Profil permainan anda – termasuk gambar profil anda dan apa-apa maklumat yang diperlukan untuk permainan berfungsi, seperti inventori item dalam permainan; ● Data lain yang anda pilih untuk berikan kepada kami seperti data untuk mengenal pasti akaun yang hilang atau luput seperti jawapan kepada soalan khas yang mungkin kami tanyakan kepada anda untuk membenarkan anda membuka kunci atau memulihkan akaun yang hilang atau luput; ● Akaun pengguna permainan atau ID peranan anda – ID khusus FunPlus yang dijana oleh pelayan permainan kami untuk anda; ● ID Analitik – pengecam tanpa nama yang dijana secara rawak yang digunakan untuk membezakan aktiviti daripada satu akaun permainan berbanding yang lain dalam data analitik kami; ● ID akaun pihak ketiga – sebagai contoh akaun anda dengan Facebook, Xbox, Game Center, VK, WeChat, Google, Steam atau PSN yang anda boleh gunakan untuk daftar masuk ke akaun permainan anda, manfaatkan graf sosial anda, atau integrasikan dengan ciri pihak ketiga (seperti pencapaian); ● Data penggunaan termasuk maklumat tentang cara anda menggunakan laman web, produk dan perkhidmatan kami serta kemajuan permainan anda; ● Alamat protokol Internet (IP) anda dan pengecam peranti mudah alih (seperti ID peranti anda, ID pengiklanan (hanya jika anda memilih untuk memberikannya), alamat MAC, IMEI); ● Data untuk memerangi penipuan (seperti penyalahgunaan bayaran balik dalam permainan atau penipuan klik dalam pengiklanan); ● Data tentang peranti anda, seperti nama peranti dan sistem pengendalian, jenis dan bahasa penyemak imbas; ● Data pemasaran dan komunikasi termasuk pilihan anda dalam menerima pemasaran daripada kami dan pihak ketiga kami serta pilihan komunikasi anda, dan anda mempunyai budi bicara dan kawalan penuh untuk melaraskan tetapan pada peranti anda bagi mematikan fungsi. |
Pembekal kami | Kami akan mengumpulkan maklumat hubungan supaya kami boleh menguruskan hubungan kami dengan anda, dan, jika berkenaan, kami mungkin mengumpulkan butiran akaun bank (untuk membolehkan pembayaran bagi perkhidmatan). Apabila anda menyediakan perkhidmatan kepada kami, kami mungkin mengumpulkan maklumat lain daripada anda yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan tersebut. |
Pemohon kerja | Jika anda memohon kerja dengan kami, atau menghantar CV anda kepada kami, kami akan mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan jawatan yang anda mohon dan akan menyimpan salinan CV anda selama yang diperlukan untuk menilai kesesuaian anda bagi sesuatu jawatan bersama kami. Hal ini akan diterangkan dengan lebih terperinci pada masa anda membuat permohonan. |
2. Cara kami mengumpulKAN maklumat tentang anda
Kami akan mengumpulkan maklumat ini dalam pelbagai cara bergantung pada cara kami berinteraksi dengan anda.
Interaksi langsung | Anda boleh memberi kami identiti, maklumat hubungan atau maklumat lain anda dengan mengisi borang dalam talian atau dengan menghubungi kami melalui pos, telefon, dalam permainan, e-mel atau dalam apa cara sekalipun. Ini termasuk data peribadi yang anda berikan apabila anda:
● Menggunakan produk atau perkhidmatan kami; ● Membuat akaun permainan dalam salah satu permainan kami atau pada laman web kami, jika ada; ● Berinteraksi dengan Khidmat Pelanggan kami atau Pejabat Privasi; kami; ● Melanggan senarai mel kami; ● Menyertai pertandingan, promosi atau tinjauan; ● Memberi kami maklum balas; ● Menyediakan perkhidmatan kepada kami. |
Teknologi atau interaksi terautomasi
(pilihan) |
Semasa anda berinteraksi dengan laman web atau permainan kami, kami mungkin mengumpulkan data teknikal mengenai peralatan, tindakan dan corak menyemak imbas anda secara automatik. Kami mengumpulkan data peribadi ini dengan menggunakan kuki, piksel, log pelayan dan teknologi lain yang serupa. Kami juga mungkin menerima data teknikal tentang anda jika anda melawati laman web lain yang menggunakan kuki kami. Anda boleh menolak pengumpulan kuki kami melalui tetapan penyemak imbas individu. Sila lihat Bahagian 4 kami untuk mendapatkan butiran lanjut. |
Pihak ketiga | ● Kami mungkin menerima data peribadi daripada pihak ketiga, jika anda memautkan data ini dengan Perkhidmatan atau menyediakan data kepada kami melalui tetapan privasi anda. Ini mungkin termasuk ID akaun pihak ketiga, profil permainan dan ID pengguna anda – contohnya daripada akaun anda dengan Facebook, Pusat Permainan, VK, WeChat, Google, Xbox, Steam atau PSN yang mungkin anda boleh gunakan untuk mendaftar masuk ke akaun permainan anda, memanfaatkan graf sosial anda atau mengintegrasikan dengan ciri pihak ketiga (seperti pencapaian).
● Data teknikal daripada rangkaian pengiklanan dan ● pembekal maklumat carian. ● Rujukan dan maklumat lain jika anda memohon jawatan dengan kami. ● |
3. Cara kami menggunakan maklumat anda
Kami menggunakan maklumat yang berbeza dengan cara yang berbeza:
- Untuk menghantar komunikasi yang berkaitan dengan perkhidmatan dan permainan kami kepada anda, menjawab pertanyaan anda atau berurusan dengan aduan anda;
- Menyediakan dan mengurus perkhidmatan kami termasuk permainan kami;
- Membenarkan anda mengambil bahagian dalam ciri laman web kami;
- Menentusahkan dan mengesahkan pembayaran (jika berkaitan berinteraksi dengan penyedia pembayaran pihak ketiga);
- Pengesahan dan pelepasan akaun;
- Pemasaran langsung yang memberitahu anda tentang produk dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda;
- Mentadbir tinjauan dan undian pendapat;
- Menguruskan pertandingan dan/atau promosi serta pendaftaran anda untuk pertandingan dan/atau promosi;
- Maklumat/analisis teknikal dan penggunaan untuk membantu kami membangunkan permainan yang pelanggan kami ingin bermain dan untuk menambah baik serta mengesan penipuan dan aktiviti yang merosakkan pengalaman pemain menggunakan permainan kami, risiko keselamatan, penipuan dan aktiviti menyalahi undang-undang yang lain;
- Analisis dan penambahbaikan perniagaan dan laman web;
- Penyediaan ciri sosial sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kami;
- Menyesuaikan pengalaman peribadi anda;
- Untuk menghantar maklumat berkaitan kepada anda seperti kemas kini, makluman keselamatan dan mesej sokongan;
- Pengiklanan dan promosi barangan dan perkhidmatan kami di tapak dan dalam aplikasi serta pembekal perkhidmatan kami dan pihak ketiga yang dipercayai;
- Laman web, pentadbiran sistem dan pengesahan akaun;
- Papan pencapaian, maklumat Discord dan komuniti, nama panggilan dan maklumat/nama kelab;
- Untuk mengawasi komunikasi antara pemain sama ada secara automatik atau manual;
- Untuk menjawab atau memenuhi keperluan undang-undang atau peraturan; dan
- Apabila anda berinteraksi dengan ciri rangkaian sosial pihak ketiga untuk menyampaikan iklan kepada anda dan berinteraksi dengan anda pada rangkaian sosial pihak ketiga (kami menggalakkan anda menyemak notis/dasar privasi rangkaian sosial ini untuk membolehkan anda menarik diri daripada aktiviti tersebut).
4. Kuki
- Seperti kebanyakan perkhidmatan dalam talian, kami dan rakan kongsi kami mungkin menggunakan kuki dan teknologi serupa untuk menyediakan dan memperibadikan perkhidmatan kami, menganalisis penggunaan permainan, menyasarkan iklan dan mencegah penipuan. Kuki ialah fail teks kecil yang disimpan oleh penyemak imbas pada komputer desktop atau peranti mudah alih anda. Kuki sama sekali tidak memberi kami akses kepada komputer anda atau apa-apa maklumat tentang anda, selain daripada data yang anda pilih untuk dikongsi dengan kami. Anda boleh mengubah suai tetapan penyemak imbas untuk menolak kuki jika anda mahu. Dalam kes tersebut, sesetengah aspek perkhidmatan mungkin tidak berfungsi dengan betul.
- Kami dan rakan kongsi kami, mungkin menggunakan teknologi penjejakan seperti kuki, bikon, tag dan skrip. Teknologi ini digunakan dalam menganalisis arah aliran, mentadbir laman web, menjejak pergerakan pengguna di sekitar laman web dan untuk mengumpulkan maklumat demografi tentang pangkalan pengguna kami secara keseluruhan. Kami mungkin menerima laporan berdasarkan penggunaan teknologi ini oleh syarikat ini secara individu dan juga secara agregat.
- Pengguna boleh mengawal penggunaan kuki pada peringkat penyemak imbas individu. Jika anda menolak kuki, anda masih boleh menggunakan laman web kami, tetapi keupayaan anda untuk menggunakan sesetengah ciri atau bahagian laman web kami mungkin terhad.
5. Asas undang-undang untuk pemprosesan
Terdapat beberapa asas undang-undang yang berbeza untuk memproses maklumat peribadi. Asas yang terpakai akan bergantung pada cara kami menggunakan maklumat anda dan tujuan penggunaan. Dalam kebanyakan kes, keadaan ini adalah:
- Anda telah memberikan persetujuan anda kepada kami untuk menggunakan maklumat peribadi anda dengan cara itu (contohnya anda memberi kami kebenaran untuk menghantar komunikasi pemasaran kepada anda tentang produk dan perkhidmatan kami); dan/atau
- Kami menggunakan maklumat peribadi anda demi kepentingan sah kami sebagai organisasi komersil. Sebagai contoh, kami mungkin menggunakan kuki untuk menjejak maklumat tentang cara laman web kami digunakan untuk terus memperbaiki reka letak berdasarkan cara anda dan pengguna lain berinteraksi dengan kandungan laman web, dan untuk memperibadikan laman web kepada pengguna (contohnya, dengan menunjukkan kandungan atau bahasa yang berkaitan dengan lokasi geografi anda), dengan syarat hal ini dijalankan pada setiap masa dengan cara yang berkadar, dan yang menghormati hak privasi anda; dan/atau
- Kami perlu menggunakan maklumat peribadi anda bagi melaksanakan kontrak atau mengambil langkah untuk mengikat kontrak dengan anda (cth. untuk mengurus akaun anda); dan/atau
- Kami perlu menggunakan maklumat peribadi anda untuk mematuhi kewajipan undang-undang atau kawal selia yang berkaitan.
Kami biasanya tidak mengumpulkan atau memproses mana-mana ‘kategori khas’ data peribadi (termasuk maklumat mengenai kesihatan, kepercayaan agama atau politik anda, latar belakang etnik, kehidupan seksual dan orientasi seksual). Jika ini terpakai, kami secara amnya akan bergantung pada perolehan persetujuan khusus tambahan daripada anda pada masa kami mengumpulkan maklumat melainkan terdapat keperluan undang-undang atau justifikasi lain untuk memproses maklumat tersebut.
6. Kanak-kanak
Melindungi privasi kanak-kanak adalah sangat penting bagi kami. Laman web dan permainan kami tidak ditujukan kepada kanak-kanak di bawah umur yang ditentukan oleh peraturan perlindungan data atau undang-undang yang terpakai di negara tempat tinggal anda, dan kami tidak mengumpulkan data yang berkaitan dengan kanak-kanak secara sengaja. Berkenaan dengan permainan yang tidak ditujukan kepada kanak-kanak, tetapi yang mungkin menarik minat mereka, kami akan mengambil langkah tambahan untuk mengehadkan akses kepada Perkhidmatan berdasarkan umur pemain.
7. Berkongsi maklumat anda
Maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami mungkin dikongsi dengan syarikat pihak ketiga, ejen, kontraktor, pembekal perkhidmatan atau syarikat gabungan kami jika ini perlu untuk memberi anda perkhidmatan kami, menjawab pertanyaan anda atau untuk mana-mana tujuan yang diterangkan dalam dasar ini. Ini mungkin termasuk:
- Rakan kongsi perniagaan dan pembekal kami;
- Subpemproses yang menyimpan atau memproses maklumat bagi pihak kami, khususnya penyedia analitik data dan penyedia storan data. Maklumat yang dikongsi dengan pembekal sedemikian dibekalkan dalam format tanpa nama supaya data itu tidak boleh dikaitkan kepada mana-mana individu tertentu dan dengan itu tidak dianggap sebagai ‘data peribadi’;
- Juruaudit kami, penanggung insurans, peguam dan penasihat profesional lain;
- Agensi rujukan kredit;
- Agensi penguatkuasaan undang-undang, agensi kerajaan lain atau pihak ketiga jika kami dikehendaki oleh undang-undang untuk berbuat demikian;
- Entiti perniagaan lain sekiranya kami merancang untuk bergabung dengan atau diperoleh oleh entiti perniagaan tersebut, atau jika kami menjalani penyusunan semula dengan entiti tersebut.
8. Ciri Sosial
Ciri sosial ialah komponen teras permainan kami. Pemain dan pengguna lain boleh, sebagai contoh, melihat data profil anda, aktiviti dalam permainan dan membaca mesej yang telah anda siarkan.
Permainan dan perkhidmatan kami mungkin termasuk ciri daripada rakan kongsi kami, jika ada, seperti alat interaksi media sosial (dan walaupun bukan pada masa ini, pada masa hadapan mungkin juga berkaitan dengan pengiklanan dalam permainan). Rakan kongsi ini, jika ada, boleh dalam kes sedemikian, mengikut persetujuan anda, mengakses data anda dan beroperasi di bawah dasar privasi mereka sendiri. Kami menggalakkan anda menyemak dasar privasi mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang amalan pemprosesan data mereka dan menarik diri sekiranya anda anggap bersesuaian.
9. Pemindahan Data Antarabangsa
8.1 maklumat peribadi anda yang kami kumpulkan di atas disimpan dan disulitkan dalam pelayan kami yang terletak di Amerika Syarikat.
8.2 Disebabkan sifat Perkhidmatan Kami, anda sedia maklum dan bersetuju bahawa maklumat peribadi anda boleh dipindahkan ke, disimpan dalam dan diproses oleh syarikat gabungan, subkontraktor dan/atau rakan kongsi kami, yang terletak di negara ketiga/di luar negara tempat anda tinggal atau bekerja. Oleh sebab negara yang berbeza mungkin mempunyai undang-undang perlindungan data yang berbeza daripada negara anda sendiri, dan mereka mungkin tidak memberi anda perlindungan pada tahap yang sama kepada maklumat peribadi anda seperti undang-undang perlindungan data di negara tempat anda tinggal atau bekerja, dalam hal ini, kami akan mengambil langkah mengikut undang-undang dan peraturan yang terpakai di negara anda untuk memastikan perlindungan yang mencukupi disediakan dan maklumat peribadi anda dilindungi secukupnya di lokasi proses data. Sebagai contoh, kami akan memberikan peringatan khas kepada anda dan mendapatkan persetujuan anda terlebih dahulu, atau memastikan untuk menyahnamakan atau menyahkenal pasti maklumat peribadi anda sebelum memindahkan, dan juga kami mungkin melaksanakan pengaturan kontrak khas.
10. Hak anda
Di bawah undang-undang perlindungan data yang terpakai di negara pemastautin anda, anda mempunyai beberapa hak berhubung dengan data peribadi anda. Kami menghormati hak ini dan akan membantu anda menggunakan hak setakat yang kami mampu.
Anda mempunyai hak termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Untuk meminta akses kepada atau salinan mana-mana data peribadi yang kami pegang tentang anda;
- Untuk membetulkan data peribadi anda, jika anda menganggap bahawa maklumat yang kami pegang adalah tidak tepat;
- Untuk meminta pemadaman maklumat peribadi anda, atau membantah pemprosesan maklumat peribadi anda.
Sila ambil perhatian bahawa hak ini tidak mutlak – dalam sesetengah kes hak ini tidak akan terpakai kepada anda, atau untuk penggunaan tertentu yang kami lakukan terhadap data anda, dan terdapat pengecualian (contohnya jika kami perlu memproses data untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami sendiri) tetapi jika itu berlaku, kami akan memberitahu anda sekiranya anda membuat permintaan yang kami percaya tidak dapat kami patuhi.
Apa-apa permintaan daripada anda untuk mengakses kepada atau mendapatkan salinan data peribadi anda mestilah secara bertulis dan kami akan berusaha untuk membalas dalam tempoh yang munasabah selepas mengesahkan identiti anda dengan mematuhi undang-undang perlindungan data. Kami akan mematuhi kewajipan undang-undang kami berkaitan hak anda sebagai subjek data.
Anda memahami dan bersetuju bahawa menurut undang-undang yang terpakai, kami mungkin mempunyai hak untuk mengenakan bayaran kepada anda dalam jumlah tertentu bergantung pada kerumitan permintaan anda bagi menampung perbelanjaan operasi kami.
Jika terdapat peruntukan khas lain yang disediakan oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan di negara tempat anda tinggal atau bekerja, kami akan memproses data peribadi anda mengikut undang-undang yang berkenaan.
Kami berhasrat untuk memastikan bahawa maklumat yang kami pegang tentang anda adalah tepat pada setiap masa. Untuk membantu kami memastikan maklumat anda dikemas kini, anda mempunyai pilihan untuk mengawal sepenuhnya data yang anda kongsi dengan kami, dan anda boleh mengemas kini maklumat anda terus di bawah profil anda atau melaraskan tetapan pada peranti anda.
Jika anda mempunyai privasi yang tidak dapat diselesaikan atau kebimbangan penggunaan data yang kami belum selesaikan dengan memuaskan, anda juga boleh menghubungi pihak berkuasa perlindungan data tempatan anda.
11. Pemasaran
Jika anda telah bersetuju untuk menerima pemberitahuan bagi permainan tertentu, kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar cadangan yang disesuaikan, maklumat tawaran atau lelongan tentang permainan tersebut. Untuk menarik diri daripada tawaran dalam permainan yang diperibadikan, anda boleh menggunakan pilihan yang disediakan dalam tetapan permainan. Anda boleh mematikan pemberitahuan dalam setiap kategori berbeza dalam permainan dengan mudah atau menarik diri daripada menerima pemberitahuan atau makluman pada peranti anda.
Anda boleh menarik diri daripada pengiklanan berasaskan minat pada aplikasi mudah alih, jika ada, dengan menyemak tetapan privasi peranti Android atau iOS anda dan memilih “hadkan penjejakan iklan” (Apple iOS) atau “menarik diri daripada iklan berasaskan minat” (Android).
12. Berapa lamaKAH kami akan menyimpan maklumat anda?
Kami hanya akan menyimpan maklumat yang kami kumpulkan tentang anda selama yang diperlukan untuk tujuan yang dinyatakan dalam notis ini atau seperti yang diperlukan untuk mematuhi mana-mana kewajipan undang-undang yang kami tertakluk padanya. Hal ini akan melibatkan kami menyemak fail kami secara berkala untuk memastikan maklumat itu tepat, terkini dan masih diperlukan.
Dalam beberapa keadaan, anda boleh meminta kami memadamkan data anda: lihat “Hak anda” untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Anda mengakui dan bersetuju bahawa untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami, kadangkala kami mungkin memerlukan data pengguna anda untuk tujuan penyelidikan atau statistik, dalam hal ini kami akan memastikan maklumat peribadi anda telah dinyahpekakan, dinyahkenal pasti dan dinyahnamakan terlebih dahulu (supaya maklumat ini tidak lagi boleh dikaitkan dengan anda) dan kami boleh menggunakan maklumat ini tanpa notis lanjut kepada anda.
Jika anda menarik diri daripada pemasaran, kami mungkin mengekalkan maklumat yang diperlukan untuk membolehkan kami menghormati keinginan anda untuk tidak dihubungi bagi tujuan pemasaran.
13. Keselamatan
Kami komited untuk memastikan maklumat anda selamat. Untuk mengelakkan capaian atau pendedahan yang tidak dibenarkan, kami telah menyediakan prosedur fizikal, elektronik dan pengurusan yang sesuai untuk melindungi dan menjamin maklumat yang kami kumpulkan. Langkah-langkah sedemikian akan bersesuaian dengan sifat data yang berkenaan dan tahap risiko. Jika anda telah diberi kata laluan untuk mengakses mana-mana perkhidmatan kami, anda tidak sepatutnya berkongsi kata laluan itu dengan orang lain.
14. Pautan ke Laman Lain
Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman lain, termasuk melalui butang media sosial kami. Walaupun kami cuba memautkan hanya ke laman web yang berkongsi piawaian tinggi kami dan menghormati privasi, kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan, keselamatan atau amalan privasi yang digunakan oleh laman web lain dan pautan tidak merupakan pengesahan laman web tersebut. Sebaik sahaja anda memaut ke laman web lain dari laman web kami, anda tertakluk pada terma dan syarat laman web tersebut, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, dasar dan amalan privasi internet laman web tersebut. Sila semak dasar ini sebelum anda menyerahkan apa-apa data ke laman web ini.
15. Maklumat hubungan
Soalan, ulasan dan permintaan mengenai dasar ini dialu-alukan dan harus ditujukan kepada privacyoffice@funplus.com.
Jika anda mempunyai apa-apa kebimbangan mengenai penggunaan maklumat anda, anda juga mempunyai hak untuk membuat aduan kepada Pihak Berkuasa Perlindungan Data di negara tempat tinggal anda.
16. Perubahan kepada dasar ini
Apa-apa perubahan yang kami buat pada dasar kami pada masa hadapan akan disiarkan pada halaman ini dan, jika material dan sesuai, dimaklumkan kepada anda melalui mesej dalam permainan. Kami menggesa agar anda menyemak secara kerap untuk melihat apa-apa kemas kini atau perubahan pada dasar kami. Semua perubahan pada Dasar Privasi akan berkuat kuasa apabila disiarkan melainkan dikawal sebaliknya oleh undang-undang yang terpakai, dan penggunaan berterusan anda dalam mana-mana Perkhidmatan selepas kemas kini akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap Dasar Privasi yang dikemas kini melainkan perubahan yang material terlibat, dalam hal ini kami mungkin memberitahu anda terlebih dahulu mengikut undang-undang yang terpakai dan mendapatkan persetujuan anda sekali lagi dalam bentuk tetingkap timbul apabila anda log masuk ke Perkhidmatan kami semula.