TERMA PENGGUNAAN

Kali terakhir dikemas kini: 1 Januari 2025

 

Terma penggunaan ini, bersama-sama dengan Dasar Privasi Pemain (https://funplus.com/privacy-policy) kami dan semua terma tambahan serta dokumen lain yang dirujuk dalam Terma mengawal lesen anda untuk mengakses atau menggunakan mana-mana permainan yang dimuat turun (yang disediakan oleh kami sekarang atau pada masa hadapan) (“Permainan”) atau lesen anda untuk mengakses atau menggunakan (a) Item Maya tertentu atau Kandungan Janaan Pengguna (“UGC”) (secara kolektif: “Barangan Digital”), atau tapak web, kedai atau perkhidmatan berkaitan lain yang kami sediakan dari masa ke masa, melainkan kami menyatakan sebaliknya secara khusus (semua secara kolektif: “Barangan & Perkhidmatan Digital”).

SILA BACA TERMA INI DENGAN TELITI. Terma ini membentuk kontrak yang mengikat dengan sah antara anda dengan kami.  Dengan mengakses atau menggunakan mana-mana Perkhidmatan ini, anda menerima dan bersetuju dengan Terma ini.  Jika anda tidak bersetuju dengan Terma ini, maka jangan akses dan/atau beli (mana-mana lesen atau gunakan) Barangan & Perkhidmatan Digital kami.

 

PENAFIAN: PEMBELIAN ATAU MUAT TURUN MANA-MANA BARANGAN & PERKHIDMATAN DIGITAL HANYA BERMAKSUD BAHAWA FUNPLUS, TERTAKLUK PADA TERMA INI, MEMBERIKAN ANDA LESEN UNTUK MENGAKSES ATAU MENGGUNAKAN KANDUNGAN DIGITAL DALAM BARANGAN & PERKHIDMATAN DIGITAL TERSEBUT. PEMILIKAN BARANGAN & PERKHIDMATAN DIGITAL TIDAK DIPINDAHKAN KEPADA ANDA, DAN FUNPLUS BERHAK UNTUK MEMINDA, MENAMATKAN ATAU MEMBATALKAN AKSES KEPADA BARANGAN & PERKHIDMATAN DIGITAL BERLESEN PADA BILA-BILA MASA JIKA TERDAPAT PERUBAHAN HAK ATAU SEKIRANYA ANDA MELANGGAR ATAU DIDAKWA MELANGGAR TERMA INI.

1. TAKRIFAN

1.1      “Akaun” bermaksud akaun yang didaftarkan dengan FunPlus untuk Pengguna atau akaun dengan platform pihak ketiga atau pengendali tapak web yang boleh digunakan untuk bermain Permainan kami. Akaun anda mengandungi data permainan dan peribadi, termasuk kemajuan permainan anda serta Barangan Digital.

1.2      “Perdagangan Akaun” bermaksud menjual, membeli, berdagang secara langsung atau tidak langsung atau memindahkan atau menawarkan untuk memindahkan Akaun kepada orang lain.

1.3      “Barangan Digital” bermaksud Item Maya dan Kandungan Janaan Pengguna (UGC) yang tersedia dalam Permainan kami.

1.4      “Barangan & Perkhidmatan Digital” bermaksud semua Barangan Digital, Permainan, tapak web, kedai anda perkhidmatan berkaitan lain yang disediakan dari masa ke masa untuk Pengguna.

1.5      “Pertikaian” bermaksud semua pertikaian, tuntutan atau kontroversi (melainkan yang secara khusus dikecualikan dalam Bahagian 26.8.2 di bawah), yang disebabkan oleh atau berkait dengan Terma ini, mana-mana Barangan & Perkhidmatan Digital kami dan pemasarannya, atau hubungannya antara anda, atau sesiapa yang menggunakan Akaun anda atau sebaliknya bertindak bagi pihak anda, dengan kami, atau mana-mana daripada sekutu kami ketika ini atau pada masa lalu, sama ada yang berdasarkan kontrak, statut, peraturan, ordinan, tort (termasuk penipuan, salah nyataan, dorongan palsu, atau kelalaian), atau apa-apa teori undang-undang atau kesaksamaan yang lain.

1.6      “Pasukan Sokongan FunPlus” bermaksud pasukan sokongan dalam permainan kami yang boleh dihubungi secara langsung melalui sembang dalam permainan kami, di support@funplus.com atau melalui mana-mana alamat e-mel sokongan khusus Permainan yang disenaraikan di sini.

1.7      “Permainan” bermaksud apa-apa permainan yang dibangunkan atau diterbitkan oleh FunPlus International AG yang disediakan oleh FunPlus sekarang atau pada masa hadapan.

1.8      “Kandungan Haram” bermaksud mana-mana Kandungan Janaan Pengguna (UGC) yang mengandungi kandungan yang dilarang oleh undang-undang yang terpakai seperti yang diterangkan dalam bahagian 11 Terma ini.

1.9      “Pemberitahuan Kandungan Haram” bermaksud sebarang pemberitahuan Kandungan Haram dalam Barangan & Perkhidmatan Digital kami yang anda hantar melalui mekanisme pemberitahuan dalam permainan kami melalui sokongan dalam permainan atau dengan menghubungi Pasukan Sokongan FunPlus kami.

1.10    “Pembelian Lesen” bermaksud sebarang lesen percuma atau dibeli untuk menggunakan atau mengakses Item Maya, Permaianan atau sebarang kandungan digital lain atau Barangan & Perkhidmatan Digital di bawah Terma ini.

1.11    “Notis Pertikaian” bermaksud notis bertulis yang dihantar oleh Pengguna kepada FunPlus atau sebaliknya yang menunjukkan bahawa pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian memulakan rundingan tidak formal.

1.12    “Pemberhentian Akaun” bermaksud tindakan melumpuhkan, menggantung, menyekat atau membisukan Akaun secara sementara atau kekal oleh FunPlus.

1.13    “Perkhidmatan Langganan” bermkasud perkhidmatan pembaharuan lesen secara automatik tersedia untuk Barangan & Perkhidmatan Digital tertentu.

1.14    “Terma Tambahan” bermaksud mana-mana terma tambahan yang terpakai untuk Barangan & Perkhidmatan Digital tertentu seperti kempen, permainan mini, acara atau langganan, sebagai contoh tetapi tidak terhad kepada itu.

1.15    “Terma” bermaksud terma penggunaan ini bersama-sama dengan Dasar Privasi Pemain kami dan semua terma tambahan serta dokumen lain yang dirujuk di sini yang dikemas kini dari masa ke masa dan disediakan di tapak web FunPlus.

1.16    “Pengguna” bermaksud individu yang memilik Akaun, bermain dan mempunya akses kepada Permainan serta Barangan & Perkhidmatan Digital kami.

1.17    “Kandungan Janaan Pengguna (UGC)” bermaksud apa-apa bentuk kandungan yang dijana oleh pengguna Barangan & Perkhidmatan Digital (termasuk ulasan, cadangan, idea, grafik, teks, imej, video, maklumat, dan mesej dalam permainan atau forum awam) yang disampaikan, disiarkan, dimuat naik, atau dihantar oleh pengguna berkaitan Barangan & Perkhidmatan Digital.

1.18    “Mata Wang Maya” bermaksud sebarang mata dalam permainan, koin atau mata wang yang boleh didapati untuk digunakan dalam Permainan kami.

1.19    “Item Maya” bermaksud item maya dalam permainan dan/atau Mata Wang Maya yang kami lesenkan kepada anda untuk mengakses atau menggunakan sesetengah ciri yang kami disediakan dalam Barangan & Perkhidmatan Digital kami.

2. Perihal anda

2.1      Dalam Terma ini, “anda” bermaksud Pengguna individu yang memilik lesen untuk mengakses atau menggunakan Barangan & Perkhidmatan Digital. Jika Pengguna berumur kurang daripada 18 tahun (atau umur minimum dewasa yang sah di wilayah anda), maka “anda” bermaksud ibu bapa atau penjaga sah Pengguna yang memasuki kontrak yang mengikat secara sah dengan kami bagi pihak anak anda yang masih di bawah umur.

Jika anda menerima Terma ini bagi pihak anak anda yang masih di bawah umur, anda bertanggungjawab untuk menyelia dan memantau penggunaan lesen oleh anak anda yang masih di bawah umur bagi mana-mana Barangan & Perkhidmatan Digital yang disediakan oleh kami dari masa ke masa. Anda juga bertanggungjawab secara sah dan secara kewangan terhadap semua tindakan anak anda yang masih di bawah umur semasa menggunakan lesen untuk mengakses Barangan & Perkhidmatan Digital kami.

2.2      TERMA INI MEMBENTUK SATU KONTRAK YANG MENGIKAT DENGAN SAH ANTARA ANDA DENGAN KAMI. DENGAN MENGAKSES, MENGGUNAKAN ATAU MEMUAT TURUN MANA-MANA BARANGAN & PERKHIDMATAN DIGITAL DAN/ATAU MELENGKAPKAN PEMBELIAN BARANGAN DIGITAL, ANDA MEMPERAKUI DAN BERSETUJU A) BAHAWA ANDA HANYA MEMBELI LESEN UNTUK MENGAKSES MANA-MANA BARANGAN DIGITAL, BUKAN MINAT PEMILIKAN, DAN BERSETUJU DENGAN SEMUA SEKATAN DAN SYARAT YANG DITETAPKAN DALAM TERMA INI, DAN B) BAHAWA ANDA TELAH MENCAPAI SEKURANG-KURANGNYA UMUR DEWASA DI NEGARA TEMPAT TINGGAL ANDA (IAITU 18 TAHUN DI KEBANYAKAN NEGARA, 20 TAHUN DI THAILAND) DAN MENERIMA TERMA-TERMA INI. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA-TERMA INI, MAKA JANGAN AKSES, BELI ATAU GUNA PERKHIDMATAN KAMI. JIKA ANDA BERUMUR KURANG DARIPADA UMUR DEWASA, ANDA BERSETUJU BAHAWA ANDA TELAH MENYEMAK TERMA-TERMA INI DENGAN IBU BAPA ATAU PENJAGA SAH ANDA, DAN MEREKA TELAH BERSETUJU DENGAN TERMA-TERMA INI BAGI PIHAK ANDA DAN MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA BAGI MEMASTIKAN ANDA MEMATUHINYA. JIKA KAMI DIMAKLUMI OLEH IBU BAPA/PENJAGA SAH BAHAWA ANAK YANG MASIH DI BAWAH UMUR MEREKA TELAH MENYALAHGAMBARKAN UMURNYA SEMASA MENDAFTAR UNTUK PERMAINAN ATAU BARANGAN & PERKHIDMATAN DIGITAL KAMI, KAMI AKAN MENGHENTIKAN AKAUN TERSEBUT  DENGAN SYARAT KAMI MEMPUNYAI MAKLUMAT YANG MEMUASKAN BAHAWA ORANG YANG MELAPORKAN ITU SEBENAR-BENARNYA IALAH IBU BAPA ATAU PENJAGA ANAK YANG MASIH DI BAWAH UMUR TERSEBUT. ANDA JUGA MENGGAMBARKAN BAHAWA ANDA TELAH MENCAPAI SEKURANG-KURUNGANYA UMUR MINIMUM UNTUK MEMBENARKAN PEMPROSESAN DATA DI BAWAH UNDANG-UNDANG BIDANG KUASA ANDA DAN TIDAK DISEKAT DARIPADA MENGAKSES BARANGAN & PERKHIDMATAN DIGITAL INI DI BAWAH UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI.

2.3  Jika anda mengakses Barangan & Perkhidmatan Digital kami melalui platform atau tapak pihak ketiga, anda mungkin dikehendaki supaya mematuhi dasar mereka selain daripada Terma ini.

3. Siapa kami & CARA HUBUNGI KAMI

3.1      Kami ialah FunPlus International AG, sebuah syarikat yang berdaftar di Switzerland dan berpangkalan di Bahnhofstrasse 2, 6300 Zug, Switzerland, dengan nombor pendaftaran komersial CHE-406.512.803 (“kami” atau “FunPlus”).

3.2      Anda boleh hubungi Pasukan Sokongan FunPlus di support@funplus.com atau di mana-mana alamat e-mel sokongan khusus permainan yang disenaraikan di sini.

4. Perubahan kepada Terma ini

Kami mungkin mengubah Terma ini dari masa ke masa, contohnya bagi memastikan kami kekal mematuhi undang-undang yang terpakai atau untuk menggambarkan sebarang perubahan yang kami buat terhadap Barangan & Perkhidmatan Digital atau sebaliknya.  Terma yang dikemas kini akan disiarkan dalam tapak web kami. Kami juga mungkin memberikan notis tambahan, seperti mesej dalam Permainan, Barangan & Perkhidmatan Digital kami, tentang sebarang perubahan penting terhadap Terma ini. Anda bertanggungjawab menyemak Terma ini dengan kerap sebelum menggunakan sebarang Barangan & Perkhidmatan Digital kami.  Jika anda terus menggunakan Perkhidmatan kami dari tarikh perubahan tersebut, anda dianggap sebagai menerima Terma yang dipinda. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma yang dikemas kini, anda boleh tamatkan penggunaan Barangan & Perkhidmatan Digital anda (lihat bahagian 5.6 di bawah). Jika anda memutuskan untuk tamatkan penggunaan Barangan & Perkhidmatan Digital anda, anda tetap bertanggungjawab untuk sebarang jumlah yang belum dibayar kepada kami.

 

5. AKAUN

5.1      Untuk menggunakan sesetengah Permainan, Barangan & Perkhidmatan Digital kami, anda mungkin dikehendaki mencipta Akaun dengan kami dan/atau dengan pengendali platform atau tapak pihak ketiga, cth. Apple atau Google. Untuk mencipta Akaun, anda mesti memberikan maklumat yang benar dan tepat tentang diri anda di halaman pendaftaran Akaun dan sentiasa mengemas kini maklumat tersebut.

5.2      Anda tidak boleh berkongsi Akaun dengan orang lain, atau membenarkan orang lain mengakses Akaun anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk merahsiakan kelayakan log masuk ke Akaun anda, termasuk semua transaksi dan pembayaran yang berkaitan dengan Akaun tersebut, yang mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kad kredit dan kaedah pembayaran alternatif lain. Anda juga bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berkaitan dengan Akaun anda dan boleh dipertanggungjawabkan terhadap kerugian yang ditanggung oleh kami atau mana-mana pengguna lain yang timbul daripada sebarang aktiviti yang berkaitan dengan Akaun anda. Anda bersetuju bahawa FunPlus tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh anda akibat daripada penggunaan tanpa izin Akaun anda oleh orang lain sama ada di bawah pengetahuan anda ataupun tidak. Jika anda menyedari akan sebarang kerugian, kecurian, penipuan atau penggunaan tanpa izin Akaun anda sama ada yang benar-benar berlaku atau yang disyaki berlaku, sila maklumkan perkara itu kepada kami dengan menghubungi Pasukan Sokongan FunPlus.

5.3      Jika Akaun anda dibisukan, anda boleh terus bermain tetapi tidak boleh menggunakan sembang teks percuma dalam tempoh pembisuan itu. Jika Akaun anda dilumpuhkan atau disekat, anda tidak boleh mengakses Akaun anda dan sebarang lesen yang sebelum itu diberikan kepada anda untuk menggunakan Permainan dan Barangan & Perkhidmatan Digital kami akan ditarik balik, sama ada sementara atau selama-lamanya. INI BERMAKSUD BAWA ANDA AKAN KEHILANGAN AKAUN, WATAK DAN APA-APA ITEM, MATA WANG DALAM PERMAINAN ATAU BARANGAN DIGITAL LAIN. Kami tidak bertanggungjawab untuk membayar pampasan atas sebarang kerugian yang anda tanggung akibat Akaun anda dilumpuhkan atau disekat.

5.4      Sekiranya, dengan bertindak secara wajar, kami menganggap bahawa: (i) Terma ini telah atau mungkin telah dilanggar atau berkemungkinan akan dilanggar; dan/atau (ii) anda telah melakukan penipuan, penyalahgunaan atau aktiviti yang melanggar undang-undang termasuk sebarang pelanggaran atau pelanggaran yang disyaki terhadap peraturan tingkah laku yang digariskan dalam bahagian 8 Terma ini; dan/atau (iii) perlu untuk mencegah atau menghentikan sebarang kemudaratan atau kerosakan, termasuk tanpa had, kemudaratan atau kerosakan kepada kami, kepada mana-mana Permainan atau Barangan & Perkhidmatan Digital kami, kepada Pengguna lain atau orang awam, maka, atas budi bicara mutlak kami, kami boleh pada bila-bila masa, sama ada sementara atau selama-lamanya: (i) Menghentikan mana-mana atau semua Akaun anda; (ii) menyekat akses kepada mana-mana ciri muat naik kandungan atau ciri lain dalam Permainan atau Barangan & Perkhidmatan Digital kami; dan/atau (iii) mengalih keluar mana-mana kandungan atau menyekat akses kepada atau memadam Item Maya dan Barangan Digital atau apa-apa yang diperoleh menggunakanItem Maya dan Barangan Digital. Tindakan ini boleh mengakibatkan kerugian wang sebenar yang dibayar dalam transaksi yang tidak dibenarkan, sebagai contoh, tetapi tidak terhad kepada, dagangan Akaun.

5.5      Jika kami mengambil mana-mana tindakan di atas, anda boleh, dalam tempoh tidak lewat dari enam bulan selepas keputusan itu dibuat atau tindakan diambil di bawah bahagian 5.3, menghantar permintaan pertimbangan semula kepada sokongan pelanggan FunPlus melalui saluran dalam permainan kami atau dengan menghantar e-mel kepada Pasukan Sokongan FunPlus. Semua permintaan pertimbangan semula akan dikendalikan oleh kami atas budi bicara kami semata-mata dan sewajarnya.

5.6      Jika anda ingin memadam Akaun anda secara kekal, anda boleh dengan mudah memohon pemadaman akaun anda pada bila-bila masa sekiranya wajar, di bawah profil anda dalam Permainan atau sebaliknya menghantar permintaan pemadaman Akaun kepada Pasukan Sokongan FunPlus.

5.7      Dengan bertindak sewajarnya, jika akaun anda tidak aktif selama sekurang-kurangnya 365 hari kami mungkin menggantung, menyekat atau menamatkan lesen anda untuk mengakses Permainan, Item Maya dan/atau mana-mana bahagian lain Barangan & Perkhidmatan Digital ini dan mana-mana lesen lain yang telah diberikan kepada anda di bawah Terma ini.

5.8      Anda boleh berhenti menggunakan Barangan & Perkhidmatan Digital kami atau meminta supaya Akaun anda dipadam atas apa-apa sebab dan pada bila-bila masa. Apabila anda meminta supaya Akaun anda dipadam, kami perlu mengesahkan identiti anda sebagai pemilik sebenar Akaun tersebut. Seterusnya, proses pemadaman Akaun akan bermula. Sebaik sahaja permintaan anda telah diterima, tempoh bertenang akan bermula. Selepas tempoh bertenang tamat, Akaun anda akan dinyahaktifkan dan sebarang kandungan yang berkaitan dengan Akaun tersebut sudah tidak boleh diakses oleh anda tetapi kewujudan Akaun anda itu masih dapat dilihat oleh Pengguna-pengguna lain.

Jika anda sendiri telah memulakan pemadaman atau penyahaktifan Akaun anda (dengan syarat akaun anda belum dipadam atau dinyahaktifkan oleh kami kerana tidak mematuhi Terma ini), maka, sehingga berakhirnya tempoh bertenang, anda akan dapat memulihkan atau mengaktifkan semula Akaun anda dengan menghubungi Pasukan Sokongan FunPlus. Berikutan permintaan sedemikian, kami perlu mengesahkan identiti anda sebagai pemilik Akaun sebenar sebelum kami boleh memulihkan Akaun anda dan membatalkan proses pemadaman Akaun anda. Jika anda tidak memulihkan Akaun anda dalam tempoh bertenang, Akaun anda, selepas berakhirnya tempoh bertenang, secara automatik akan terpadam sepenuhnya dan selama-lamanya dan tidak boleh dipulihkan, termasuklah semua akses kepada lesen untuk Barangan & Perkhidmatan Digital yang dibeli dan kandungan lain yang berkaitan di bawah Akaun  anda.

5.9      Akaun anda dan sebarang kandungan yang berkaitan dengan Akaun anda mungkin tidak dipadam selama-lamanya sekiranya pemadaman itu akan mengehadkan keupayaan kami untuk: (i) menyiasat atau mengenal pasti aktiviti haram atau pelanggaran Terma dan Terma Tambahan kami (contohnya, untuk mengenal pasti atau menyiasat penyalahgunaan Barangan & Perkhidmatan Digital kami); (ii) melindungi dan menjamin keselamatan Barangan & Perkhidmatan Digital dan Pengguna kami; (iii) mematuhi tanggungjawab undang-undang, seperti pemeliharaan bukti; atau (iv) memenuhi permintaan pihak berkuasa kehakiman atau pentadbiran, penguatkuasaan undang-undang atau agensi kerajaan.

5.10    SEHINGGA KE TAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN UNDANG-UNDANG, ANDA MEMPERAKUI DAN BERSETUJU BAHAWA ANDA TIDAK LAYAK MENERIMA SEBARANG BAYARAN BALIK ATAU PAMPASAN YANG BERKAIT DENGAN AKAUN ANDA DAN KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG PENGGUNAAN TANPA IZIN AKAUN ANDA, PENGHENTIAN AKAUN ANDA, SEKATAN TERHADAP AKSES ANDA KEPADA BARANGAN & PERKHIDMATAN DIGITAL KAMI ATAU ITEM MAYA, ATAU PEMADAMAN ATAU PEMULIHAN AKAUN ANDA.

6. LESEN

6.1  PEMBELIAN ATAU MUAT TURUN MANA-MANA BARANGAN & PERKHIDMATAN DIGITAL HANYA BERMAKSUD BAHAWA FUNPLUS, TERTAKLUK PADA TERMA INI, MEMBERIKAN ANDA LESEN UNTUK MENGAKSES ATAU MENGGUNAKAN KANDUNGAN DIGITAL DALAM BARANGAN & PERKHIDMATAN DIGITAL TERSEBUT. PEMILIKAN BARANGAN & PERKHIDMATAN DIGITAL TIDAK DIPINDAHKAN KEPADA ANDA, DAN FUNPLUS BERHAK UNTUK MEMINDA, MENAMATKAN ATAU MEMBATALKAN AKSES KEPADA BARANGAN & PERKHIDMATAN DIGITAL BERLESEN PADA BILA-BILA MASA JIKA TERDAPAT PERUBAHAN HAK ATAU SEKIRANYA ANDA MELANGGAR ATAU DIDAKWA MELANGGAR TERMA INI.

6.2  Barangan & Perkhidmatan Digital, termasuk Permainan kami, Akaun anda, Item Maya dan semua bahan kami yang berkaitan (termasuk tanpa had, perisian, kod, maklumat, kandungan, data, teks, watak, muzik, bunyi, video) yang disediakan oleh kami atau bagi pihak kami serta semua hak cipta yang berkaitan dan hak harta intelek yang lain dalam Barangan & Perkhidmatan Digital, Permainan, Item Maya dan bahan-bahan sedemikian (secara kolektif: “Kandungan”) hanya dilesenkan, dan tidak dijual, kepada anda di bawah Terma ini. Tertakluk pada pematuhan ketat terhadap Terma ini, kami memberi anda lesen terhad yang tidak boleh dipindah milik, tidak boleh disublesenkan, boleh ditarik balik dan tidak eksklusif untuk mengakses dan menggunakan Kandungan kami bagi penggunaan hiburan peribadi dan bukan komersial anda sendiri. Sebarang penggunaan lain terhadap Barangan & Perkhidmatan Digital dan kandungan digitalnya, selain yang secara jelas dibenarkan di sini, adalah dilarang sama sekali. Anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang yang terpakai semsa mengakses atau menggunakan Barangan & Perkhidmatan Digital. Jika anda melanggar mana-mana Terma ini, kami boleh menamatkan atau menggantung lesen ini serta-merta. Anda mengakui bahawa semua harta intelek dan hak-hak lain dalam Kandungan adalah dan akan kekal harta mutlak kami dan bahawa anda tidak mempunyai pemilikan, hak milik atau kepentingan proprietari yang lain terhadap Kandungan tersebut, tidak kira sama ada anda ‘memperoleh’ atau ‘membeli’ Kandungan sedemikian.

 

7. Tanggungjawab undang-undang dan Janji anda kepada kami

7.1      Anda mengesahkan bahawa:

7.1.1      semua maklumat dan butiran yang diberikan oleh anda adalah betul, tepat dan terkini.  Hak yang diberikan di bawah Terma ini adalah peribadi semata-mata kepada anda dan anda tidak boleh menjadikan Barangan & Perkhidmatan Digital ini atau kata laluan anda tersedia kepada orang lain; dan

7.1.2      anda akan mematuhi peraturan kelakuan berkaitan dengan lesen anda untuk mengakses atau penggunaan Barangan & Perkhidmatan Digital dan/atau Item Maya oleh anda seperti yang dinyatakan dalam bahagian 8 hingga 12 dan mana-mana sekatan lain yang dinyatakan di tempat lain dalam Terma ini.

7.2      Anda akan melindungi FunPlus (dan syarikat-syarikat bersekutu kami, pegawai, pengarah, pekerja, kontraktor, rakan kongsi dan pemberi lesen kami) daripada sebarang kerugian serta melepaskan kami daripada sebarang tuntutan, kerugian, perbelanjaan, kerosakan, liabiliti dan kos termasuk yuran guaman, akibat daripada (i) lesen anda untuk mengakses atau penggunaan Barangan & Perkhidmatan Digital ini oleh anda, (ii) pelanggaran Terma ini oleh anda, (iii) pelanggaran mana-mana undang-undang dan peraturan lain oleh anda, (iv) Pelanggaran hak anda sebagai pihak ketiga, (v) penyerahan UGC anda dalam Barangan & Perkhidmatan Digital dan penggunaannya oleh kami daripada itu, atau (vi) sebarang aktiviti yang berkaitan dengan Akaun anda. FunPlus berhak, dengan belanja anda, untuk melaksanakan pembelaan dan kawalan eksklusif terhadap mana-mana tuntutan pihak ketiga yang sebaliknya tertakluk pada perlindungan daripada kerugian oleh anda, dan dalam perkara sedemikian anda bersetuju untuk bekerjasama dengan FunPlus.

7.3      Jika kami mengambil tindakan undang-undang terhadap anda kerana tidak membayar atau sebarang pelanggaran lain terhadap Terma ini dan mahkamah berpihak kepada kami, anda akan bertanggungjawab terhadap semua kos yang dibenarkan oleh mahkamah.

8. Peraturan Tingkah Laku dan Penggunaan Barangan & Perkhidmatan Digital ini oleh Anda

8.1      Anda bersetuju bahawa dalam mengakses atau menggunakan Barangan & Perkhidmatan Digital ini (termasuk penciptaan UGC), anda tidak akan, sama ada anda sendiri atau menggalakkan atau membantu orang lain untuk:

8.1.1      mengakses, menggunakan atau membenarkan mengakses atau penggunaan Barangan & Perkhidmatan Digital ini bagi sebarang tujuan atau aktiviti yang haram, menyalahi undang-undang atau yang melanggar Terma ini, atau sebaliknya mencipta atau menyebarkan Kandungan Haram;

8.1.2      menghasilkan semula, mengedarkan, memaparkan atau mempersembahkan pada umum, menterjemah, meminda, mengadaptasi, mencipta bentuk terbitan daripadanya, menyusun semula, melakukan kejuruteraan balikan, menyahsusun atau menyahhimpun, dalam apa-apa cara terhadap Barangan & Perkhidmatan Digital ini, kod sumber dalam Barangan & Perkhidmatan Digital ini atau mana-mana bahagiannya;

8.1.3      menjual, memberi atau memberi hadiah, menyewakan, memberi lesen, berkongsi atau memberikan akses kepada Akaun anda atau akses atau cubaan untuk mengakses Akaun pengguna lain atau menembusi atau cuba untuk menembusi apa-apa langkah keselamatan berkaitan dengan Barangan & Perkhidmatan Digital ini;

8.1.4      mengambil bahagian dalam apa-apa kelakuan yang kami mungkin anggap tidak wajar dan mengganggu, atau bertentangan dengan nada dan sifat Perkhidmatan ini;

8.1.5      menggunakan nama dan/atau pesona yang bersifat mendera, menghina atau menimbulkan fitnah, sama ada yang dicipta melalui Barangan & Perkhidmatan Digital ini atau melalui peranti pihak ketiga yang berkait dengan Barangan & Perkhidmatan Digital ini;

8.1.6      menyamar sebagai orang lain, atau menipu dengan menyatakan bahawa anda merupakan pekerja atau wakil kami atau mana-mana rakan kongsi atau sekutu kami;

8.1.7      mempromosikan, menggalakkan atau mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yang melibatkan penggodaman, pemecahan, pancingan data, mengambil kesempatan atas eksploitasi atau penipuan dan/atau pengedaran perisian cetak rompak dan/atau Item Maya sama ada yang palsu atau sah;

8.1.8      memuat naik sebarang fail yang mengandungi virus, trojan, cecacing, perisian intip, bom jangka, data rosak atau program komputer lain yang boleh merosakkan, mengganggu atau menggugat Barangan & Perkhidmatan Digital ini;

8.1.9      membuat laporan yang tidak wajar, palsu atau tidak berasas kepada kami;

8.1.10    menggunakan Barangan & Perkhidmatan Digital kami untuk membina suatu perkhidmatan atau permainan yang boleh bersaing dengan Barangan & Perkhidmatan Digital kami atau membantu orang lain dalam membina suatu perkhidmatan atau permainan yang akan bersaing dengan Barangan & Perkhidmatan Digital kami;

8.1.11    menyelidik, mengimbas atau menguji kerentanan Barangan & Perkhidmatan Digital kami, atau memintasi atau melanggar langkah keselamatan atau penentusahan Barangan & Perkhidmatan Digital kami;

8.1.12    menggunakan ciri sokongan dalam permainan atau butang aduan secara tidak wajar atau membuat laporan palsu kepada kami;

8.1.13    menggunakan sebarang robot, lelabah, carian tapak/aplikasi penemuan kembali atau peranti atau proses manual atau automatik yang lain untuk menemukan kembali, mengindeks, ‘melombong data’ atau dalam apa-apa cara menghasilkan semula atau memintasi kandungan, struktur navigasi atau persembahan Barangan & Perkhidmatan Digital kami;

8.1.14    menjual, membeli, memberi lesen, berdagang atau sebaliknya memindahkan atau menawarkan untuk memindahkan Akaun anda, sebarang akses peribadi kepada Barangan & Perkhidmatan Digital kami, atau kandungan yang berkaitan dengan Akaun anda, termasuk Item Maya, sama ada dalam Barangan & Perkhidmatan Digital kami atau di tapak web pihak ketiga, atau yang berhubung dengan mana-mana transaksi di luar permainan;

8.1.15    mengiklankan, meminta, atau sebaliknya menghantar apa-apa iklan komersial, termasuk kod hadiah atau promosi, atau mesej berulang yang tidak diminta (spam);

8.1.16    meminta pemulangan wang dengan niat jahat atau mengambil kesempatan atas peraturan platform pihak ketiga untuk pengayaan diri secara tidak adil;

8.1.17    mengambil kesempatan atas perbezaan harga Item Maya untuk mengaut keuntungan dengan memperoleh dan/atau memberikan lesen kepada Barangan & Perkhidmatan Digital dari/dalam wilayah yang berbeza;

8.1.18    mengeksploitasi Barangan & Perkhidmatan Digital ini, bagi apa-apa tujuan komersial, termasuk tanpa had (a) menggunakan kafe siber, pusat permainan komputer atau sebarang tapak fizikal lain; (b) mengumpulkan Item Maya, atau sumber dalam atau Barangan Digital permainan yang lain untuk dijual di luar Permainan; atau (c) menjalankan Barangan & Perkhidmatan Digital dalam permainan sebagai pertukaran bagi bayaran di luar Permainan, cth., menaikkan kuasa;

8.1.19    menggunakan Perkhidmatan ini untuk tujuan politik atau keagamaan; dan

8.1.20    menceroboh hak pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada hak harta intelek; Mempromosi, menggalakkan atau menolong orang lain untuk mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yang dilarang seperti yang dinyatakan di atas.

 

8.2      Hingga ke takat yang dibenarkan oleh fungsi Barangan & Perkhidmatan Digital ini, anda tidak akan menyiarkan atau menyampaikan maklumat peribadi ‘dunia nyata’ seseorang semasa menggunakan Barangan & Perkhidmatan Digital ini atau melalui mana-mana bilik sembang atau forum.

8.3      Kami berhak untuk mengakses, memantau dan/atau merekodkan sebarang aktiviti dalam talian dalam Barangan & Perkhidmatan Digital ini dan anda memberi kami kebenaran tersurat untuk mengakses dan merekodkan aktiviti anda.

8.4      Untuk mengekalkan ekosistem permainan yang baik, anda faham dan bersetuju bahawa jika FunPlus mendapati bahawa anda telah terlibat dalam tingkah laku permainan yang tidak wajar selepas penyiasatan atau campur tangan kami sewajarnya, kami mempunyai hak untuk mengambil langkah-langkah yang sesuai mengikut tahap keseriusan situasi itu (seperti menghalang, menggantung akaun, menyekat akaun selama-lamanya, memotong jumlah akaun yang berniat menipu atau langkah-langkah lain seperti yang diperihalkan dalam Bahagian 5.4), dan mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadap anda.

Tingkah laku permainan yang tidak wajar yang diperihalkan dalam bahagian ini termasuk tetapi tidak terhad kepada:

(i) menyalahgunakan baki akaun FunPlus (cth., dengan menambah baki bagi pihak pengguna lain, atau dengan menggunakan pengguna lain untuk menambah baki anda bagi pihak anda);

(ii) membuat transaksi tanpa izin dengan baki akaun pengguna FunPlus yang lain;

(iii) menggunakan baki akaun FunPlus untuk sebarang aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang;

(iv) membuat percubaan yang berniat jahat untuk menarik pemain ke permainan lain;

(v) memohon pemulangan wang dengan niat jahat atau secara menipu, atau mengambil kesempatan atas peraturan platform pihak ketiga bagi pengayaan diri yang tidak adil;

(vi) tindakan lain yang disedari oleh kami atau disedari dan dimaklumkan kepada kami oleh pemain lain yang mungkin amat menjejaskan keadilan permainan atau pengalaman pemain.

8.5      Sebarang pelanggaran peraturan tingkah laku di atas akan ditentukan oleh kami mengikut budi bicara kami, dengan bertindak secara wajar dalam semua keadaan.

8.6      Untuk kejelasan, semua peraturan kelakuan dan penggunaan Barangan & Perkhidmatan Digital yang diterangkan dalam bahagian ini juga terpakai pada komunikasi dan interaksi anda dengan pekerja, ejen dan kontraktor FunPlus, termasuk sokongan pelanggan dan/atau pasukan komuniti FunPlus.

 

9. Interaksi Dengan Pengguna Lain

Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap interaksi anda dengan Pengguna lain Barangan & Perkhidmatan Digital kami dan mana-mana pihak lain yang berinteraksi dengan anda melalui Barangan & Perkhidmatan Digital kami. Anda bersetuju untuk melepaskan kami (dan syarikat sekutu kami, pegawai, pengarah, pekerja, kontraktor, rakan kongsi dan pemberi lesen kami) daripada sebarang tuntutan, kerugian, perbelanjaan, kerosakan, liabiliti dan kos termasuk yuran guaman akibat daripada sebarang pertikaian sedemikian antara anda dengan Pengguna lain atau mana-mana pihak lain yang berinteraksi dengan anda melalui Perkhidmatan kami. Anda boleh melaporkan Pengguna lain sekiranya anda percaya mereka telah melanggar Terma ini seperti yang dinyatakan dalam bahagian 25 di bawah.

 

10. Kandungan Janaan Pengguna (UGC)

10.1      Barangan & Perkhidmatan Digital kami mungkin merangkumi elemen sosial yang membenarkan pengguna untuk berhubung dan berbual dengan Pengguna lain.

10.2    Anda bersetuju bahawa dengan menghantar sebarang bentuk UGC, anda memberi kami lesen yang tidak eksklusif, berterusan, tidak boleh ditarik balik, boleh dipindahkan, boleh disublesenkan, di seluruh dunia dan bebas royalti untuk menggunakan, mengubah suai, menyalin, mencipta bentuk terbitan daripadanya, mempersembahkan pada umum, memaparkan pada umum, memformatkan semula, menterjemah, menerbitkan dan mengedarkan petikan (secara keseluruhan atau sebahagian) UGC sedemikian bagi apa-apa tujuan termasuk menyediakan UGC tersebut kepada pihak ketiga, dengan syarat kami tidak menggunakan UGC itu dalam cara yang melanggar Dasar Privasi Pemain (https://funplus.com/privacy-policy).  Anda bersetuju untuk menepikan sebarang hak moral hingga ke takat yang dibenarkan oleh undang-undang dan bahawa anda tidak akan menarik balik serahan tersebut atau cuba untuk mengenakan bayaran bagi penggunaannya. Seterusnya, anda menjamin dan menggambarkan bahawa anda merupakan pemegang hak cipta dan hak harta intelek eksklusif berhubung dengan serahan tersebut dan bahawa serahan itu tidak melanggar hak orang lain atau entiti lain dalam apa cara sekalipun.

10.3    Kami, atau pihak ketiga yang dilibatkan oleh kami, mungkin memantau dan/atau menyederhanakan UGC yang anda muat naik atau hantar kepada Barangan & Perkhidmatan Digital kami dengan menggunakan alatan automatik dan/atau semakan manusia, tetapi kami tidak menjamin akan ketepatan, kualiti atau integriti sebarang UGC yang disiarkan melalui Permainan atau mana-mana bahagian Barangan & Perkhidmatan Digital ini. Dengan menggunakan Barangan & Perkhidmatan Digital kami, anda memperakui dan menerima bahawa anda mungkin terdedah kepada bahan-bahan yang anda mungkin anggap mengganggu atau boleh dipertikaikan. Kami tidak menyokong sebarang UGC yang disiarkan pada Barangan & Perkhidmatan Digital ini, dan kami tidak menjamin kebenaran atau ketepatannya.

10.4    Kami berhak untuk mengalih keluar dan memadam selama-lamanya sebarang UGC daripada Barangan & Perkhidmatan Digital kami dengan atau tanpa notis. Kami berhak untuk mendedahkan identiti anda kepada mana-mana pihak ketiga yang mendakwa, secara sah, bahawa terdapat UGC anda yang menceroboh harta intelek pihak ketiga sedemikian atau privasi mereka. Kami juga akan mendedahkan UGC anda kepada pihak ketiga dan pihak berkuasa kerajaan atas permintaan apabila kami bertanggungjawab untuk mematuhinya.

11. Kandungan Menyalahi Undang-undang

11.1    Anda bersetuju untuk tidak memuat naik pada atau menyalurkan melalui Barangan & Perkhidmatan Digital ini mana-mana Kandungan Haram, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa kandungan, produk, perkhidmatan dan aktiviti yang melibatkan perkara-perkara berikut:

  1. kata-kata membenci, mempromosikan kultus, dan diskriminasi terhadap mana-mana agama dan simbol-simbol fasisme;
  2. kandungan melibatkan kanak-kanak yang tidak wajar, termasuk eksploitasi seksual dan penderaan, kandungan berunsur fidofilia, pendedahan bayi/remaja, avatar melibatkan kelakuan tidak senonoh kanak-kanak dan kelucahan, dan kultus melibatkan kanak-kanak;
  3. kandungan berunsur pornografi termasuk ungkapan atau gambar yang mencerminkan tingkah laku seks, kebogelan, gambar-gambar yang menggambarkan kandungan berunsur pelacuran dan ciri-ciri seks;
  4. ungkapan atau gambar propaganda organisasi pengganas dan pelampau termasuk simbol-simbol mereka;
  5. judi haram dan gambar-gambar pengedaran dadah,
  6. kandungan yang menghina dan berunsur fitnah, imej-imej menakutkan, pemandangan ngeri dan berdarah, kandungan yang menjelikkan dan kandungan yang mengandungi atau yang menggalakkan bunuh diri atau mencederakan diri;
  7. kandungan yang direka untuk mengganggu, mengancam, memalukan, spam atau melakukan perkara-perkara yang tidak diingini kepada orang lain, seperti berulang kali menghantar mesej yang tidak diingini atau membuat serangan peribadi atau kenyataan tentang kaum, orientasi seksual atau agama; menganjurkan atau menyertai sebarang aktiviti atau kumpulan yang memudaratkan, berbentuk penderaan, menyakitkan hati, lucah, mengancam, membuli, tidak senonoh, eksplisit secara seksual (termasuk kebogelan dan sebarang bentuk pendedahan yang tidak wajar), memfitnah, menceroboh privasi peribadi atau menggalakkan kelakuan yang melanggar undang-undang atau yang dianggap boleh dipertikaikan dan/atau tidak wajar dalam pandangan seseorang yang berfikiran waras;
  8. kandungan lain yang dilarang oleh undang-undang termasuk kandungan dan aktiviti seperti perkongsian tanpa persetujuan dan menyalahi undang-undang akan imej peribadi, gambar-gambar yang mengandungi ikon, logo dan nama-nama platform permainan pesaing lain, penjualan anggota badan manusia, gambar-gambar yang mengandungi maklumat seperti kod QR, gambar-gambar melibatkan nombor telefon, alamat, pautan tapak web, dan maklumat hubungan yang lain; dan
  9. penggunaan tanpa izin bahan-bahan yang dilindungi hak cipta.

11.2    Pemberitahuan Kandungan Haram

11.2.1    Anda boleh menghantarkan Pemberitahuan Kandungan Haram kepada kami melalui mekanisme pemberitahuan dalam permainan kami melalui sokongan dalam permainan dengan menghubungi Pasukan Sokongan FunPlus. 

11.2.2    Dalam Pemberitahuan Kandungan Haram anda, anda mesti memberi kami butiran yang berikut:

  1. sebab mengapa anda menganggap maklumat sedemikian adalah Kandungan Haram;
  2. tanda yang jelas akan lokasi elektronik maklumat sedemikian, dan, sekiranya perlu, maklumat tambahan yang membolehkan pengecaman Kandungan Haram tersebut, seperti tangkap skrin; dan
  3. pengenalan diri anda (termasuk pengenalan dalam permainan seperti ID pengguna) atau sebarang butiran hubungan untuk kami menghubungi anda.

11.2.3 Kami akan menyemak laporan dan Pemberitahuan Kandungan Haram anda, dan mungkin, mengikut budi bicara wajar kami, mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggar Terma kami, seperti dengan menarik balik atau menggantung akses kepada sesetengah atau semua Barangan & Perkhidmatan Digital kami. Kami juga berhak untuk, secara sementara atau selama-lamanya, melumpuhkan, menyekat, membisukan dan/atau menamatkan atau menggantung Akaun anda. Kami juga mungkin mengambil tindakan sedemikian, mengikut budi bicara wajar kami, berhubung dengan sesiapa yang secara sengaja menghantar laporan palsu atas niat jahat.

11.3    Pengawasan Kandungan

Kami, atau pihak ketiga yang dilantik oleh kami, boleh memantau dan/atau mengawasi UGC yang anda muat naik atau hanta kepada Barangan & Perkhidmatan Digital kami dengan menggunakan alat automatik dan/atau semakan manusia untuk pelbagai tujuan, termasuk mencegah penyebaran Kandungan Haram (seperti yang dinyatakan dalam bahagian 11.2), memastikan pematuhan terhadap Terma-Terma ini, dan manmbah baik Barangan & Perkhidmatan Digital. Barangan & Perkhidmatan Digital mungkin menggunakan sistem pengawasan dan penapisan, seperti penapis perkataan automatik dan kandungan atau sebarang tanda simbolik haram, untuk mencegah dan menghentikan penyebaran Kandungan Haram yang melanggar Terma ini.

Barangan & Perkhidmatan Digital kami juga membenarkan anda untuk mengawal interaksi anda dengan Pengguna lain, seperti membenarkan pengguna lain menghantar mesej dalam permainan kepada anda, atau membisukan atau menyekat Pengguna lain. Barangan & Perkhidmatan Digital kami turut dilengkapi dengan alat pelaporan, sama ada dalam permainan atau melalui Pasukan Sokongan FunPlus, di mana Pengguna boleh memberitahu kami sebarang pelanggaran Kadungan Haram untuk semakan kami. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang pemberitahuan Kandungan Haram dalam bahagian di atas. Ciri dan alat yang dinyatakan di atas mungkin menggunakan algoritma atau sistem automatik lain untuk membantu kami mencapai tujuan yang dinyatakan dalam bahagian 11.3 ini pada skala dan skop yang diperlukan bagi memastikan Barangan & Perkhidmatan Digital kami dapat dikendalikan dengan berkesan untuk Pengguna kami.

12. ITEM MAYA   

Kami mungkin termasuk akses kepada kandungan digital atau kandungan yang tidak boleh dikunci, fungsi tambahan atau yang dipertingkatkan (termasuk Barangan & Perkhidmatan Digital,  berbilang pemain, aset maya, pencapaian dalam permainan dan Mata Wang Maya.

Anda boleh menggunakan Mata Wang Maya untuk memperoleh Item Maya yang lain dalam Permainan kami. Kecuali dikehendaki oleh undang-undang, kami tidak menyediakan sebarang bayaran balik bagi Mata Wang Maya.

Apabila anda mendaftar atau membayar untuk Item Maya (termasuk Mata Wang Maya), kami memberi anda lesen berdasarkan bahagian 6. Item Maya tidak mempunyai nilai wang, tidak menjana faedah, dan tiada nilai di luar Barangan & Perkhidmatan Digital kami. Anda tidak boleh menjual, mendagangkan atau memindahkan lesen kepada Item Maya, atau menukarkannya untuk wang tunai. Sebarang percubaan untuk menjual, mendagangkan atau memindahkan Item Maya, atau menukarkannya untuk wang tunai adalah pelanggaran Terma ini dan boleh mengakibatkan tindakan diambil terhadap anda, termasuk penamatan Akaun anda. Sebarang bayaran yang anda buat bagi mengakses lesen Item Maya tidak akan dibayar balik kecuali dinyatakan sebaliknya mengikut budi bicara kami semata-mata. Kami mungkin menguruskan, mengawasi, mengawal, meminda atau menghapuskan Item Maya (termasuk had atas bilangan Item Maya yang boleh diperoleh atau disimpan) pada bila-bila masa, dengan atau tanpa memberi anda sebarang notis. Harga dan ketersediaan Item Maya adalah tertakluk pada perubahan mengikut budi bicara mutlak kami. Kami tidak mempunyai liabiliti terhadap anda atau pihak ketiga sekiranya kami melaksanakan hak-hak sedemikian.

Anda bertanggungjawab untuk menyemak bahawa Item Maya telah dikreditkan dengan betul ke dalam Akaun anda dan untuk memaklumi kami dengan segera sekiranya belum.

 

13. HARGA DAN BAYARAN 

13.1    Apabila mengakses Barangan & Perkhidmatan Digital kami, anda mungkin memperoleh lesen untuk menggunakan Barangan Digital, termasuk Item Maya dan Mata Wang Maya. Apabila berbuat demikian, anda mungkin dikenakan bayaran dan anda bersetuju untuk membayara semua yuran dan cukai yang berkaitan dengan pemerolehan lesen untuk Barangan Digital. Pembayaran boleh dibuat menggunakan kaedah pembayaran yang dikaitkan dengan Akaun anda. Dalam sesetengah kes, kami juga mungkin menawarkan diskaun atau tawaran istimewa kepada Pengguna untuk Barangan Digital tertentu.

13.2    Kami berhasrat untuk memastikan bahawa harga Barangan & Perkhidmatan Digital kami (termasuk Item Maya, Permainan dan barangan dan Barangan & Perkhidmatan Digital lain yang tersedia di kedai kami) adalah betul setiap masa. Walau bagaimanapun, Permainan dan halaman tapak web mungkin tidak sentiasa menggambarkan butiran yang betul dan tepat pada ketika anda membuat pesanan.  Kami berhak untuk menukar harga tanpa memberikan notis terlebih dahulu pada bila-bila masa sebelum pembentukan kontrak. Kami tidak dapat mengesahkan harga sesuatu item sehinggalah pesanan anda diterima.

13.3    Semua pemegang kad kredit dan kad caj adalah tertakluk pada semakan pengesahan dan kebenaran oleh pengeluar kad tersebut.  Jika pengeluar kad bayaran anda enggan mengizinkan bayaran kepada kami, pesanan anda tidak akan diterima dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau tiada penghantaran dibuat.

13.4    Anda bertanggungjawab dan mesti mematuhi terma dan syarat yang terpakai kepada kaedah pembayaran pilihan anda, seperti yang ditetapkan oleh penyedia bayaran.  Kami mungkin menambah atau mengalih keluar kaedah pembayaran berhubung dengan Barangan & Perkhidmatan Digital kami mengikut budi bicara mutlak kami dan tanpa memberi anda notis.

13.5    Anda juga bertanggungjawab untuk menetapkan langkah keselamatan pada peranti anda dan kad yang dihubungkan dengan Akaun anda, seperti PIN, kata laluan, cap jari dan pengecaman wajah.

13.6    Jika anda memilih untuk mengambil Perkhidmatan Langganan, anda akan diberikan terma yang khusus langganan pada ketika itu, yang menerangkan sekiranya dan apabila langganan anda akan dibaharui secara automatik, untuk seberapa lama tempohnya, dan jumlah kos yang terlibat, serta cara untuk anda memaklumi kami supaya membatalkannya. Di bawah Perkhidmatan Langganan, akaun anda akan terus-menerus dikenakan bayaran secara berkala untuk Perkhidmatan Langganan tersebut sehinggalah anda membatalkan langganan anda. Apabila anda mendaftar untuk Perkhidmatan Langganan, anda mesti menetapkan dan memberikan maklumat tentang kaedah pembayaran pilihan anda – maklumat yang anda berikan mestilah lengkap dan tepat, dan anda bertanggungjawab untuk mengemas kini maklumat itu – kegagalan melakukannya boleh menyebabkan akses anda kepada Perkhidmatan Langganan itu digantung atau dibatalkan. Anda secara nyata membenarkan kami dan/atau penyedia bayaran pihak ketiga kami untuk mengutip melalui debit automatik daripada kaedah pembayaran yang anda tetapkan, yuran yang wajar yang dikenakan untuk mana-mana Perkhidmatan Langganan. Dalam tempoh 24 jam sebelum tempoh komitmen langganan awal anda berakhir, dan sekali lagi dalam tempoh 24 jam sebelum tamat tempoh langganan seterusnya, langganan anda akan dibaharui secara automatik dan berterusan, pada harga langganan dan tempoh masa yang anda persetujui semasa memulakan langganan, tertakluk pada sebarang kemas kini harga dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kami dari masa ke masa. Bahagian yang tidak digunakan daripada tempoh percubaan percuma anda akan terlupus sebaik sahaja anda membeli Perkhidmatan Langganan. Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua yuran bagi Perkhidmatan Langganan akan perlu dibayar terlebih dahulu dan dibilkan secara automatik pada permulaan langganan bulanan atau tahunan, seperti yang berkenaan. Semua pembelian Perkhidmatan Langganan adalah muktamad dan tidak boleh dibayar balik, kecuali mengikut budi bicara mutlak kami.

13.7    Jika anda tidak membayar yuran atau bayaran yang dikenakan bagi Barangan & Perkhidmatan Digital Langganan anda, kami boleh menjalankan usaha yang wajar untuk memberitahu anda dan menyelesaikan isu tersebut mengikut bahagian 26 Terma ini di bawah, namun begitu, kami berhak untuk melumpuhkan, menggantung atau menamatkan akses anda kepada Perkhidmatan langganan tersebut, dan mungkin melakukannya tanpa notis.

13.8    Anda boleh menguruskan langganan dan mematikan pembaharuan automatik seperti yang diperihalkan dalam MAKLUMAT PENAMATAN LANGGANAN atau menghubungi Pasukan Sokongan FunPlus untuk bantuan lanjut. Jika anda tidak mahu langganan anda dibaharui secara automatik, atau sekiranya anda mahu menukar atau menamatkan langganan anda, anda mestilah log masuk ke akaun anda dan mengikuti arahan untuk menguruskan atau membatalkan langganan anda (sekadar memadamkan akaun anda tidak akan membatalkan langganan). Anda boleh menghentikan langganan daripada berulang pada bila-bila masa, sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tamat tempoh Perkhidmatan Langganan semasa. Jika anda membatalkan langganan anda, anda boleh terus menggunakan Perkhidmatan Langganan itu sehingga tamat tempoh langganan semasa ketika itu. Langganan itu kemudiannya tidak akan dibaharui apabila tempoh semasa ketika itu tamat. Jika anda mengambil percubaan percuma, perkhidmatan percubaan anda akan dihentikan dan sudah tidak boleh diakses sebaik sahaja anda membatalkan Perkhidmatan Langganan.

14. KONTRAK

Semua pesanan adalah tertakluk pada penerimaan oleh kami dan ketersediaan Barangan & Perkhidmatan Digital tersebut. Selepas membuat pesanan, anda akan menerima e-mel atau mesej daripada kami atau platform pihak ketiga, yang memperakui bahawa kami telah menerima pesanan anda. Jika pesanan anda tidak berjaya, anda akan dimaklumkan tentang alasannya serta penerangan yang mungkin. Sila ambil perhatian bahawa pemberitahuan e-mel/mesej ini tidak bermaksud bahawa pesanan anda telah diterima – pesanan anda membentuk satu tawaran kepada kami untuk membeli Barangan & Perkhidmatan Digital tersebut. Semua pesanan adalah tertakluk pada penerimaan oleh kami. Apabila kami membuat Perkhidmatan ini tersedia, contohnya sebagai muat turun, hal ini menggambarkan penerimaan sah kami terhadap tawaran yang anda buat untuk membeli Barangan & Perkhidmatan Digital tersebut dan kontrak antara kita kemudiannya akan terbentuk (dan kami atau platform pihak ketiga atau penyedia perkhidmatan akan mendebitkan akaun anda).

 

15. Pembatalan dan Bayaran Balik

Kami ingin memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin. Kami berharap anda gembira dengan Permainan, Item Maya dan Barangan & Perkhidmatan Digital anda. Walau bagaimanapun, jika nada menukar fikiran, dasar pembatalan yang ditetapkan di bawah akan terpakai.

15.1    Dasar Pembatalan

15.1.1    Semua Lesen Belian adalah muktamad dan tidak boleh dibayar balik melainkan jika dikehendaki di bawah undang-undang yang berkenaan.

 

16. KETERSEDIAAN DAN FUNGSI

16.1    Kami berhak untuk mengehadkan jumlah lesen Item Maya yang anda boleh beli dalam satu tempoh masa.  Lesen Item Maya hanya boleh dibeli dan digunakan oleh pengguna dalam bidang kuasa yang membenarkan aktiviti tersebut dijalankan di bawah undang-undang yang berkenaan. Item Maya hanya boleh dibeli daripada kami atau wakil kami melalui Permainan atau seperti yang sebaliknya dibenarkan secara nyata.  Kami berhak untuk menolak sebarang permintaan untuk memberi lesen Item Maya kepada anda atas sebarang alasan.

16.2    Kami akan menggunakan segenap usaha yang wajar untuk menyelenggara operasi Permainan dan Barangan & Perkhidmatan Digital dan membetulkan kesilapan secepat mungkin.  Kami berhak untuk mengubah, termasuk melalui kemas kini yang kerap, Permainan dan Barangan & Perkhidmatan Digital kami, dan kami mungkin perlu menggantung operasi Permainan atau Perkhidmatan tertentu tanpa notis bagi untuk pembaikan, penyelenggaraan, penambahbaikan, keselamatan atau sebab-sebab lain. Jika ini berlaku, kami akan melakukan yang terbaik bagi memastikan penggantungan itu adalah paling pendek yang mungkin.  Kami tidak boleh menerima tanggungjawab bagi penggantungan, gangguan atau ralat sedemikian yang disebabkan oleh keadaan di luar kawalan wajar kami.

16.3    Kami tidak boleh menjamin bahawa Permainan kami atau mana-aman bahagian Barangan & Perkhidmatan Digital kami akan berfungsi atau serasi dengan atau boleh diakses menggunakan mana-mana peranti, platform sistem pengendalian atau peralatan tertentu , atau bersama-sama dengan mana-mana perisian tertentu atau perkhidmatan sambungan yang tidak diluluskan oleh kami.  Kami tidak menerima tanggungjawab bagi peralatan, perisian atau Barangan & Perkhidmatan Digital sedemikian.  Kami juga tidak menjamin bahawa Barangan & Perkhidmatan Digital kami boleh diakses di semua lokasi geografi.

 

17. CAJ BALIK

Kami mungkin membatalkan suatu bayaran dan membuat caj balik kepada anda, termasuk sebarang yuran transaksi yang berlaku dengan pembekal pembayaran, jika kami mempunyai alasan untuk percaya bahawa sebarang pembelian itu tidak lengkap atau sebarang pembelian itu dibuat, atau kami mengesyaki pembelian itu dibuat, secara menipu atau dalam cara yang sebaliknya tidak secara bona fide. Jika dalam kes sedemikian anda telah diberikan Lesen Pembelian tetapi sebenarnya belum membayar, kami akan sama ada memotong Lesen Pembelian itu atau merekodkan jumlah yang belum dibayar itu sebagai tunggakan dan menolak jumlah tunggakan itu sebelum bayaran akan datang dan mengeluarkan hanya Lesen Pembelian yang berbaki.

 

18. KAEDAH PEMBAYARAN

Kaedah pembayaran yang diterima oleh kami adalah berdasarkan kaedah pembayaran yang disediakan di tapak kedai kami dan oleh pembekal platform pihak ketiga seperti Apple dan Google dalam Permainan kami sewaktu jualan.

 

19. KEMAS KINI PERMAINAN DAN BARANGAN & PERKHIDMATAN DIGITAL

Anda bersetuju bahawa Permainan dan mana-mana aspek Barangan & Perkhidmatan Digital ini boleh secara automatik memuat turun dan memasang kemas kini, naik taraf dan ciri tambahan yang kami anggap wajar, bermanfaat kepada anda dan/atau sewajarnya perlu. Terma ini akan terpakai kepada semua kemas kini, naik taraf dan/atau ciri tambahan yang tidak diedarkan dengan lesen berasingan atau perjanjian lain.

 

20. TEMPOH

Terma ini akan terpakai kepada penggunaan Permainan oleh anda, Akaun anda, Item Maya dan Barangan & Perkhidmatan Digital pada bila-bila masa dan akan berterusan sehingga anda memadam, membatalkan atau mengalih keluar Permainan, Akaun, Item Maya dan Barangan & Perkhidmatan Digital sedemikian atau kami membatalkan lesen ini.

 

21. HARTA INTELEK 

21.1    Anda memperakui bahawa semua hak harta intelek dalam Barangan & Perkhidmatan Digital, Permainan dan Item Maya ini serta semua kandungan yang muncul dalam Barangan & Perkhidmatan Digital, Permainan dan Item Maya ini di seluruh dunia adalah milik kami, pemberi lesen, penerima lesen kami atau sekutu kami dan bahawa hak sedemikian adalah dilesenkan kepada anda dan anda tidak memperoleh sebarang hak pemilikan dalam Barangan & Perkhidmatan Digital, Permainan dan Item Maya ini atau mana-mana bahagian lainnya selain daripada hak untuk menggunakan Barangan & Perkhidmatan Digital, Permainan dan Item Maya ini di bawah terma lesen ini.

21.2    Sebarang penggunaan oleh anda terhadap mana-mana harta intelek kami selain daripada seperti yang dibenarkan di bawah Terma ini hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis secara nyata oleh kami terlebih dahulu. Tiada apa-apa yang terkandung dalam Terma ini yang boleh dimaksudkan sebagai penganugerahan sebarang hak, sama ada secara penglibatan atau sebaliknya, untuk menggunakan mana-mana hak intelek dalam Barangan & Perkhidmatan Digital, Permainan dan Item Maya ini selain daripada yang dibenarkan secara nyata dalam Terma ini.

21.3    Kami berhak untuk berhenti menawarkan mana-mana Barangan & Perkhidmatan Digital, Permainan dan Item Maya ini pada bila-bila masa sama ada selama-lamanya atau sementara, dan pada ketika itu lesen yang diberikan kepada anda untuk menggunakan Permainan dan/atau Barangan & Perkhidmatan Digital ini atau sebahagian daripadanya akan ditamatkan atau digantung secara automatik dan Akaun anda Terhenti. Sebelum menghentikan ketersediaan sebarang Permainan dan/atau Barangan & Perkhidmatan Digital kami, kami akan menggunakan usaha yang wajar untuk memberitahu anda sekurang-kurangnya 60 hari sebelum Permainan dan Barangan & Perkhidmatan Digital sedemikian menjadi tidak tersedia. Pemberitahuan mungkin melalui tapak web, pemberitahuan segera, makluman, e-mel atau mesej lain. Dalam keadaan sedemikian, kami tidak dikehendaki memberikan bayaran balik, manfaat atau pampasan lain kepada pengguna berhubung dengan elemen penghentian Permainan dan/atau Barangan & Perkhidmatan Digital sedemikian melainkan dikehendaki oleh undang-undang.

22. PENGGANTUNGAN DAN PENAMATAN

22.1    Dengan bertindak secara wajar, kami boleh menggantung, menyekat atau menamatkan akses dan lesen anda kepada Permainan, Item Maya dan/atau mana-mana bahagian Barangan & Perkhidmatan Digital yang lain dan seterusnya menggantung atau menamatkan akses dan lesen yang diberikan kepada anda di bawah Terma ini, sekiranya:

22.1.1    anda melanggar mana-mana sekatan atau peruntukan dalam Terma ini;

24.1.2    disebabkan oleh kegagalan sistem, penyelenggaraan atau pembaikan atau disebabkan oleh peristiwa yang di luar kawalan wajar kami; dan/atau

24.1.3    kami memutuskan untuk menarik balik Permainan, Item Maya dan/atau mana-mana bahagian Barangan & Perkhidmatan Digital yang lain daripada pasaran atas apa-apa alasan mengikut budi bicara mutlak kami, dengan bertindak sewajarnya.

22.2    Kami akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk memberi anda amaran awal, dan bukannya terus bertindak untuk menamatkan atau memadam akses anda kepada Permainan, Item Maya dan/atau mana-mana Barangan & Perkhidmatan Digital kami yang lain. Tetapi jika anda telah melanggar Terma kami secara serius atau telah diberikan amaran sebelum itu, kami mungkin akan terus bertindak untuk menamatkan kontrak kami dengan anda di bawah Terma ini serta lesen anda untuk mengakses Permainan, Item Maya dan/atau mana-mana bahagian Barangan & Perkhidmatan Digital kami yang lain. Di bawah keadaan sedemikian, kami akan memberitahu anda secara bertulis melalui e-mel atau dalam aplikasi tersebut, tapak web atau bahagian lain Barangan & Perkhidmatan Digital kami, mana-mana yang sesuai. Selepas penamatan, hak dan lesen yang diberikan di sini akan tamat dan anda mesti berhenti menggunakan Permainan, Item Maya dan/atau mana-mana bahagian lain Barangan & Perkhidmatan Digital yang berkenaan. Jika kami memutuskan untuk menarik balik Permainan, Item Maya dan/atau mana-mana bahagian lain Barangan & Perkhidmatan Digital ini daripada pasaran, kami akan melakukan yang terbaik untuk memberitahu pengguna kami (melalui tapak web kami, atau melalui e-mel, pemberitahuan segera atau teks) sekurang-kurangnya 60 hari sebelum penarikan balik akses.

23. KANDUNGAN PIHAK KETIGA

Barangan & Perkhidmatan Digital kami mungkin meliputi hiperpautan kepada tapak web dan perkhidmatan pihak ketiga. Kami tidak mengawal tapak web dan perkhidmatan ini dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan mereka atau bagi pengumpulan, penggunaan atau pendedahan maklumat peribadi anda yang mereka lakukan. Jika anda mengakses Barangan & Perkhidmatan Digital kami melalui platform atau tapak pihak ketiga, anda mungkin dikehendaki mematuhi terma dan syarat mereka di samping Terma ini.

 

24. TANGGUNGJAWAB UNDANG-UNDANG DAN HAD LIABILITI KAMI

24.1    PERMAINAN DAN BARANGAN & PERKHIDMATAN DIGITAL KAMI DISEDIAKAN BERDASARKAN “SEPERTIMANA” DAN “SEPERTI YANG TERSEDIA”.  HINGGA KE TAKAT PENUH YANG DIBENARKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI, KAMI TIDAK MEMBERIKAN JAMINAN TERSURAT, TERSIRAT ATAU BERKANUN BAHAWA ANDA AKAN DAPAT MENGAKSES ATAU MENGGUNAKAN PERMAINAN ATAU BARANGAN & PERKHIDMATAN DIGITAL KAMI PADA BILA-BILA MASA ATAU DI LOKASI PILIHAN ANDA ATAU BAHAWA PERMAINAN ATAU BARANGAN & PERKHIDMATAN DIGITAL KAMI AKAN TIDAK TERGANGGU ATAU BEBAS DARIPADA RALAT, PEPIJAT, KEROSAKAN, KEHILANGAN, GANGGUAN, PENGGODAMAN ATAU VIRUS.  SETERUSNYA, KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KERUGIAN ATAU KEROSAKAN YANG ANDA TANGGUNG AKIBAT DARIPADA, SEBAGAI CONTOH, KETIDAKBOLEHAN OPERASI, KETAKTERSEDIAAN ATAU KERENTANAN KESELAMATAN PERMAINAN DAN BARANGAN & PERKHIDMATAN DIGITAL KAMI ATAU DARIPADA PERGANTUNGAN ANDA TERHADAP KUALITI, KETEPATAN ATAU KEBOLEHPERCAYAAN PERMAINAN DAN BARANGAN & PERKHIDMATAN DIGITAL KAMI.  KAMI JUGA TIDAK MEMBERIKAN JAMINAN BAHAWA PERMAINAN DAN BARANGAN & PERKHIDMATAN DIGITAL KAMI AKAN BERFUNGSI DENGAN ATAU BOLEH DIAKSES PADA MANA-MANA PERANTI, PLATFORM, SISTEM PENGOPERASIAN ATAU PERALATAN TERTENTU, ATAU BERSAMA-SAMA DENGAN MANA-MANA PERISIAN ATAU PERKHIDMATAN SAMBUNGAN TERTENTU. KAMI TIDAK MENERIMA TANGGUNGJAWAB BAGI PERALATAN, PERISIAN ATAU BARANGAN & PERKHIDMATAN DIGITAL SEDEMIKIAN. ANDA MEPERAKUI BAHWA KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP APA-APA KERUGIAN DAN KEROSAKAN SECARA TIDAK LANGSUNG, TIDAK DISENGAJAKAN, ISTIMEWA, BERUNSUR TELADAN ATAU TURUTAN, TERMASUK KERUGIAN LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG TERHADAP KEUNTUNGAN, NAMA BAIK ATAU DATA DALAM MANA-MANA PEPERANGAN YANG BERLAKU.

24.2    HINGGA KE TAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, JUMLAH LIABILITI KAMI, SAMA ADA YANG TIMBUL DALAM KONTRAK, TORT, LIABILITI KETAT ATAU SEBALIKNYA, TERMASUK LIABILITI TERHADAP APA-APA KERUGIAN, KOS, PERBELANJAAN ATAU KEROSAKAN YANG ANDA TANGGUNG BERHUBUNG DENGAN PERMAINAN ATAU BARANGAN & PERKHIDMATAN DIGITAL ATAU TERMA INI TIDAK AKAN MELEBIHI (DALAM AGREGAT) JUMLAH WANG YANG BERSAMAAN DENGAN YURAN, BERKAITAN DENGAN PERMAINAN ATAU BARANGAN & PERKHIDMATAN DIGITAL INI, YANG SEBENARNYA DIBAYAR OLEH ANDA KEPADA KAMI DALAM TEMPOH ENAM (6) BULAN SEBELUM TARIKH SEBAB TINDAKAN TERSEBUT MULA-MULA TIMBUL. TANPA MENGIRA PERKARA DI ATAS, TIADA APA-APA DALAM TERMA INI YANG BOLEH MENGECUALIKAN ATAU MENGEHADKAN LIABILITI KAMI BAGI PENYALAHGAMBARAN BERUNSUR MENIPU, KEMATIAN ATAU KECEDERAAN DIRI YANG BERLAKU AKIBAT KELALAIAN KAMI ATAU KELALAIAN PEKERJA KAMI ATAU EJEN KAMI, ATAU SEBARANG LIABILITI LAIN YANG TIDAK BOLEH DIKELUALIKAN ATAU DIHADKAN DI BAWAH MANA-MANA UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI.

25. CARA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI UNTUK SOKONGAN ATAU UNTUK MELAPORKAN ADUAN, KESALAHAN ATAU PENYALAHGUNAAN

Jika anda memerlukan sokongan pelanggan atau ingin melaporkan aduan, kesilapan atau penyalahgunaan yang melanggar peraturan yang digariskan dalam Bahagian      8 dan Bahagian 11 atau jika anda mempunyai sebarang soalan atau komen berhubung dengan Permainan, Item Maya atau Barangan & Perkhidmatan Digital kami, anda boleh menghubungiPasukan Sokongan FunPlus.

 

26. PERTIKAIAN     

26.1    Bahagian ini menawarkan cara yang lebih terurus untuk menyelesaikan pertikaian antara anda dengan kami sekiranya hal itu berlaku. Kebanyakan masalah anda boleh diselesaikan dengan menghubungi Pasukan Sokongan FunPlus.Jika kami tidak dapat menyelesaikan masalah anda, anda dan kami bersetuju untuk terikat oleh prosedur yang ditetapkan dalam Bahagian ini untuk menyelesaikan apa-apa dan semua pertikaian antara kita.

26.2    Anda akan bertanggungjawab terhadap semua kos perundangan yang berlaku berhubung dengan apa-apa pertikaian antara kita dan apa-apa kos timbang tara, termasuk yuran yang perlu dibayar kepada penimbang tara.

26.3    Tuntutan Dirangkumi Timbang Tara: Semua Pertikaian akan ditentukan secara eksklusif oleh timbang tara yang mengikat. Ini termasuklah tuntutan yang timbul sebelum anda mempersetujui Terma ini.

26.4    Rundingan Tidak Rasmi: pertama sekali, anda dan kami akan cuba untuk menyelesaikan sebarang Pertikaian secara tidak rasmi selama sekurang-kurangnya 60 hari sebelum timbang tara dimulakan. Rundingan tidak rasmi bermula selepas penerimaan Notis Pertikaian. Notis Pertikaian mestilah: (a) menyertakan nama penuh dan maklumat hubungan pihak yang mengadu; (b) menerangkan sifat dan asas bagi tuntutan atau pertikaian tersebut; dan (c) menetapkan bentuk penyelesaian khusus yang diminta. Kami akan menghantar Notis Pertikaian kami ke alamat pengebilan atau alamat e-mel anda. Anda akan menghantar Notis Pertikaian anda dengan menghubungi Pasukan Sokongan FunPlus. Kebanyakan pertikaian dapat diselesaikan oleh Pasukan Sokongan FunPlus tetapi sekiranya atas apa-apa sebab mereka tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, anda akan diberikan peluang untuk memajukan perkara itu dahulu kepada pasukan pengurusan kami yang bertanggungjawab.

26.5    Anda bersetuju bahawa undang-undang Hong Kong, tanpa mengira prinsip konflik undang-undang dan tanpa mengira lokasi anda, akan mengawal Terma ini dan sebarang bentuk pertikaian yang mungkin timbul antara anda dengan kami. Jika kami tidak dapat menyelesaikan Pertikaian melalui rundingan tidak rasmi, anda ataupun kami boleh menyelesaikan Pertikaian tersebut secara muktamad dan eksklusif melalui timbang tara. Timbang tara akan dijalankan di Hong Kong oleh Peraturan Timbang Tara Ditadbir Pusat Timbang Tara Antarabangsa (“Peraturan HKIAC”) yang berkuatkuasa apabila Notis Timbang Tara diserahkan mengikut Peraturan HKIAC. Bahasa yang digunakan dalam Timbang Tara pula ialah bahasa Inggeris.

26.6    Had: ANDA DAN KAMI BERSETUJU BAHAWA SETIAP PIHAK BOLEH MENGAJUKAN TUNTUTAN TERHADAP SATU SAMA LAIN HANYA DALAM KAPASITI INDIVIDU KAMI ATAU ANDA, DAN BUKAN SEBAGAI PLAINTIF ATAU ANGGOTA KUMPULAN DALAM PROSIDING BERKUMPULAN ATAU PERWAKILAN YANG DIMAKSUDKAN. Penimbang tara tidak boleh menggabungkan tuntutan individu lain dengan tuntutan anda, dan tidak boleh mempengerusikan sebarang jenis perwakilan atau prosiding berkumpulan. Penimbang tara boleh menganugerahkan relief perisytiharan atau peringatan hanya untuk memihak kepada satu pihak yang meminta relief dan hanya sehingga ke takat yang perlu bagi memberikan relief yang diwajarkan oleh tuntutan pihak tersebut.

27. UMUM

27.1    Terma Tambahan

Terma Tambahan akan diberikan kepada anda berkaitan dengan Barangan & Perkhidmatan Digital yang terpakai. Sebarang Terma Tambahan adalah sebagai pelengkap kepada Terma ini dan, sekiranya terdapat percanggahan, Terma Tambahan akan mengatasi Terma ini. Terma ini, sebarang Terma Tambahan dan sebarang dokumen yang digabungkan melalui rujukan membentuk keseluruhan perjanjian antara anda dengan kami dan menggantikan mana-mana terma sebelum ini antara kita berhubung dengan perkara sedemikian.  Had, pengecualian dan sekatan dalam Terma ini akan lulus untuk manfaat pemberi lesen, pengganti dan lantikan kami.

27.2 Bahasa

Terma ini digubal dalam bahasa Inggeris dan mungkin diterjemahkan ke dalam bahasa lain.  Versi bahasa Inggeris Terma ini akan mengatasi sekiranya ada konflik atau perkara-perkara yang tidak konsisten atau penjelasan diperlukan dengan versi bahasa lain.

27.3    Umum

Pengepala dalam Terma ini adalah untuk memudahkan rujukan sahaja dan akan diabaikan dalam mentafsirkan atau menterjemahkan Terma ini.  Jika kami gagal menguatkuasakan sebarang peruntukan Terma ini, kegagalan itu tidak menghalang kami daripada menguatkuasakan sama ada peruntukan tersebut (atau sebarang peruntukan yang serupa) pada masa akan datang. Jika sebarang peruntukan Terma ini didapati tidak sah oleh mahkamah, kami bersetuju bahawa mahkamah hendaklah berusaha untuk melaksanakan hasrat pihak-pihak seperti yang dicerminkan dalam peruntukan tersebut dan bahawa peruntukan-peruntukan lain kekal berkuat kuasa dan terlaksana. Kami mungkin memindahkan semua atau sebahagian hak atau tugas kami di bawah Terma ini dengan syarat kami mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memastikan bahawa hak-hak anda di bawah terma ini tidak tergugat. Memandang Terma ini bersifat peribadi kepada anda, anda tidak boleh memindahkan mana-mana hak atau tugas anda di bawahnya tanpa kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu. Seseorang yang bukan pihak dalam Terma ini tidak mempunyai hak untuk menguatkuasakan apa-apa termanya.

 

28. PEMBERITAHUAN

Kami mungkin memberi anda e-mel, mesej teks, pemberitahuan segera, makluman dan mesej lain berhubung dengan Permainan dan Barangan & Perkhidmatan Digital kami, seperti peningkatan, tawaran, produk, acara dan promosi lain. Selepas memuat turun Permainan kami, anda mungkin, bergantung pada peranti anda, diminta supaya menerima atau menolak pemberitahuan/makluman segera tersebut. Jika anda menolak, anda tidak akan menerima sebarang pemberitahuan/makluman segera. Jika anda menerima, pemberitahuan/makluman segera akan dihantar secara automatik kepada anda. Jika anda sudah tidak mahu menerima pemberitahuan/makluman segera daripada Permainan kami, anda boleh memilih keluar dengan menukar tetapan pemberitahuan dalam peranti anda. Berhubung dengan jenis mesej atau komunikasi lain, seperti e-mel, mesej teks, dsb., anda boleh berhenti melanggan atau memilih keluar dengan sama ada mengikuti arahan khusus yang diberikan dalam komunikasi sedemikian, atau dengan membuat permintaan kepada Pasukan Sokongan FunPlus.

 

29. FORCE MAJEURE

Force majeure bermaksud sebarang sebab atau peristiwa yang di luar kawalan wajar pihak yang terlibat termasuk tanpa had, peperangan, perang saudara, konflik bersenjata atau serangan pengganas, pencemaran nuklear, kimia atau biologi, pandemik, mogok, tindakan sivil, ketiadaan Internet, pengehosan dan penyelenggaraan sistem yang tidak berjadual, kehilangan kuasa dan data serta bencana alam. Kami tidak akan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tanggungjawab kami di bawah Terma ini hingga ke takat yang kami dihalang daripada berbuat demikian atas sebab suatu peristiwa force majeure. Pelaksanaan Terma ini mungkin terhenti semasa peristiwa force majeure tersebut berlangsung dan selama tempoh tertentu selepas peristiwa itu berakhir yang diperlukan untuk kami mula melaksanakan tanggungjawab kami semula. Selama peristiwa force majeure tersebut masih berlangsung, tanggungjawab kami di bawah Terma ini akan digantung sehingga ke takat yang sama. Sekiranya force majeure itu berterusan untuk suatu tempoh berterusan melebihi empat bulan, kami mungkin menamatkan akses kepada Permainan, Item Maya atau Barangan & Perkhidmatan Digital yang berkenaan serta-merta selepas menghantar notis kepada anda.

 

© 2025 FunPlus International AG.  Hak Cipta Terpelihara.